Categories: KebajikanMELAKA

Mangsa kemalangan, lumpuh separuh badan dapat perhatian AP Kota Melaka

PULAU GADONG 14 Nov. – Demi menjaga seorang bapa yang lumpuh separuh badan akibat kemalangan, dua anak terpaksa melupakan niat mereka untuk bekerja kerana mahu memberikan sepenuh perhatian terhadap ayahnya itu.

Selain disahkan separuh badan tidak berfungsi, Harun Mat Yusop, 48, turut mengalami pendarahan di kepala sehingga membuatkan dia hanya mampu terlantar di rumah.

Pemderitaan Harun turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong yang mengunjungi bapa malang itu.

Poay Tiong ketika ditemui berkata, keperitan dialami Harun dan kedua anaknya perlu mendapat pembelaan sewajarnya.

“Pihak Pegawai Perhubungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka Tengah dan Pegawai Kewangan Parlimen Kota Melaka telah pun bertemu Harun dan anaknya untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

“Mereka sedang menguruskan permohonan bantuan bulanan bagi Harun dan saya harap ia berjalan lancar supaya bebanan ditanggung keluarga ini berkurangan,” katanya.

Tambah Poay Tiong, pihaknya sentiasa mengambil berat aspek kebajikan penduduk dalam Parlimennya.

“Apa yang penting sampaikan dan lapor kepada pihak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) berkaitan.

“Jika tidak, kita tidak dapat mengenal pasti permasalahan mereka,” katanya.

Pada lawatan itu, Poay Tiong turut menyampaikan sumbangan kepada Harun.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago