Categories: MELAKA

Mangsa kebakaran terima bantuan bencana

JASIN 10 Jan. – Nasib seorang penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim yang rumahnya mengalami kerosakan akibat kebakaran mendapat perhatian kerajaan.

Perhatian itu dengan menghulurkan sumbangan bantuan bencana kepada mangsa kebakaran, Tan Puay Keng, 39, dari 7040 Jalan Rim Baru, di sini.

Rentetan insiden itu, Puay Keng telah menerima kunjungan Timbalan Menteri Industri Utama yang juga Ketua Cabang PKR Jasin dan Penyelaras DUN Rim, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang menyampaikan bantuan bencana kepadanya.

Lawatan itu turut disertai Pegawai Daerah Jasin, Zamrud Yahya; Penghulu DUN Rim, Jezlee Pit dan Setiausaha Japerun DUN Rim merangkap Timbalan Ketua PKR Cabang Jasin, Azmi Khamis.

Menurut Zamrud, bantuan bencana diberi kepada Puay Keng itu merupakan bantuan menenerusi peruntukan Tabung Bencana Negeri Melaka yang diharap dapat bantu meringankan beban ditanggung mangsa.

“Rumah Puay Keng telah terbakar pada 22 Disember lalu yang menyebabkan beberapa kerosakan terutama bahagian siling rumah, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku,” katanya.

Oleh MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago