Mangsa kebakaran syukur dapat rumah baharu

Din Ahmad

MASJID TANAH 8 Jan. – “Alhamdulillah berkat tabungan kami dan dibantu dengan keprihatinan adik beradik yang bermurah hati menghulurkan sumbangan, kami berjaya membina semula rumah yang hampir musnah.”

“Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada abang, kakak dan adik kami, selain Pejabat Ahli Parlimen Masjid Tanah, JAPERUN (Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan DUN) Ayer Limau dan Zakat Melaka yang turut menghulurkan sedikit bantuan,” kata mangsa kebakaran rumah, Norzita Abdul Ghani, 40.

Dia berkata, walaupun bantuan ketiga-tiga organisasi itu tidak cukup untuk membolehkan rumah berkenaan dibina semula, ia sedikit sebanyak membantu usahanya dan suami, Mohd Suhaili Mohd Said, 45, serta empat anak berusia antara tujuh hingga 15tahun untuk membina hidup baharu.

Penyelia asrama sekolah di Tanjung Bidara itu berkata, selepas dia dan suami berunding dengan adik beradiknya, mereka mengambil keputusan merobohkan rumah ibu iaitu rumah lama diperbuat daripada papan yang terbakar pada 2 Disember lalu.

Katanya, ibunya, Sooma Lumat, 80, tidak menghalang rumah lama itu dirobohkan bagi membolehkan bangunan baru daripada struktur batu dibina sekali gus menyediakan ruang lebih luas untuk keluarga.

Mohd Suhaili yang bertugas sebagai pembantu gerai di Pasar Masjid Tanah pula berkata, kebakaran yang memusnahkan sebahagian besar struktur rumah diperbuat daripada papan itu menyebabkan dia dan isteri bertekad membina rumah baharu membabitkan bilik dan ruang tamu manakala dapur masih kekal di bangunan lama.

“Dalam kejadian itu hanya rumah atas separuh papan dan batu rosak teruk manakala bahagian dapur yang diperbuat daripada batu tidak terjejas.

“Alhamdulillah, kerja pembinaan dimulakan pertengahan bulan lalu dan dijangka siap beberapa minggu lagi,” katanya ketika ditemui di kediaman itu di Lorong Deli Awal, Kampung Ayer Limau, di sini.

Dalam kejadian jam 4.15 petang 2 Disember lalu, bahagian anjung, sebahagian daripada ruang tamu dan sebuah bilik tidur yang dijadikan tempat menyimpan pakaian terbakar selain sebahagian besar bumbung ruang tamu dan anjung turut terjejas.

Bagaimanapun ketika kejadian Mohd Suhaili sekeluarga termasuk Sooma tiada di rumah kerana menziarahi saudara mereka di Hospital Melaka dan tindakan pantas Jabatan Bomba dan Penyelamat berjaya menyelamatkan kediaman itu daripada musnah seluruhnya.

Yusri Sahat

Leave a Comment
Share
Published by
Yusri Sahat

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago