Manfaatkan kelebihan dimiliki Melaka bagi tingkatkan ekonomi masyarakat

AYER KEROH 8 Jan. – Anggota pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka disarankan agar lebih kreatif dalam meneruskan agenda pembangunan negeri ini.

Ketua Menteri Adly Zahari berkata sebagai sebuah negeri pelancongan yang kaya dengan elemen kebudayaan dan sejarah, anggota pentadbiran kerajaan seharusnya perlu lebih kreatif untuk memanfaatkan apa yang dimiliki bagi meningkatkan ekonomi masyarakat.

“Untuk itu, setiap daripada kita perlu memahami konsep ‘Orange Economy’ atau lebih dikenali sebagai ekonomi kreatif yang perlu digarap mengikut acuan yang bersesuaian dengan perspektif Negeri Melaka.

“Justeru itu, marilah kita bersama-sama melahirkan idea yang lebih kreatif dan inovatif dalam meneroka prospek aktiviti ekonomi demi manfaat kepada ekonomi masyarakat dan seterusnya meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat,” katanya ketika berucap di Perhimpunan Bulanan Perdana Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka di sini baru-baru ini.

Katanya usaha itu adalah selaras dengan matlamat Dasar Kemakmuran Bersama 2030 (DKB 2030) ke arah menyediakan taraf hidup yag wajar kepada semua rakyat pada tahun 2030.

Adly berkata semua anggota pentadbiran kerajaan perlu bersama-sama beriltizam untuk menjadikan Melaka sebagai sebuah negeri yang terus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif kepada semua peringkat etnik dan kumpulan pendapatan.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata semua jabatan dan agensi kerajaan perlu menilai dan menyemak pencapaian Sasaran Kerja Tahunan (SKT) masing-masing bagi tahun 2019.

“Dan untuk yang masih belum dicapai, usaha perlu diambil untuk menyusun semula strategi supaya mana-mana sasaran yang masih belum disempurnakan dapat dilaksana dan diusahakan untuk dicapai sepenuhnya pada tahun ini,” katanya.

Mengulas tentang SKT dan Indeks Prestasi Utama (KPI) bagi tahun 2020, Adly berkata ia perlu dirangka dengan baik dengan strategi dan pelan tindakan yang rasional dan praktikal agar semua sasaran dapat dicapai mengikut garis masa yang telah ditetapkan.

“Sudah barang pasti, setiap pencapaian yang telah kita perolehi, hendaklah dikekal atau ditingkatkan.

“Saya meletakkan sepenuh harapan agar kita semua dapat meneruskan dan meningkatkan lagi momentum ini dan kita semua dapat terus bersama-sama membangun dan memajukan negeri Melaka tercinta dan mengembalikan kewibawaannya,” tegasnya.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Hasim Hasan, barisan exco kerajaan negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri dan ketua-ketua jabatan kerajaan.

Roshidi Abu Samah

Leave a Comment
Share
Published by
Roshidi Abu Samah
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago