Categories: MELAKARENCANA

Manfaat Belanjawan 2020 perhalusi Institusi Islam Malaysia

PEMBENTANGAN Belanjawan 2020 yang dirangka telah dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng baru-baru ini menunjukkan pelbagai faedah akan diterima segenap rakyat di negara ini.

Belanjawan yang seiring dengan tema Memacu Pertumbuhan dan Keberhasilan Saksama ke Arah Kemakmuran Bersama memperuntukkan sebanyak RM297 bilion dengan pengagihan tiga bahagian iaitu sebanyak RM241 bilion kepada belanja mengurus, RM56 bilion diperuntukkan kepada belanja pembangunan dan RM2 bilion bagi simpanan luar jangka.

Pengagihan peruntukan itu sedikit sebanyak menerima tempias kepada institusi Islam di negara ini apabila beberapa faedah yang akan disalurkan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Menerusi pembentangan itu, sebanyak RM10 juta akan disalurkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai inisiatif dalam memperkasakan konsep Rahmatan Lil Alamin bagi membangunkan pemahaman Maqasid Syariah.

BERITA BAIK BUAT GURU KAFA, IMAM, BILAL & GURU TAKMIR

Selain itu, manfaat itu juga diterima seramai 33,200 guru Kelas Al- Quran dan Fardhu Ain (KAFA) di negara ini apabila kerajaan mengumumkan elaun yang diterima akan ditingkatkan sebanyak RM100 yang telah memperuntukkan jumlah tambahan sebanyak RM46 juta.

Dalam pada itu juga, kerajaan juga mencadangkan akan memberi bantuan khas secara ‘one-off’  bernilai RM500 kepada imam, bilal ( muazzin, tok siak/noja/merbot(penjaga masjid) dan guru takmir.

Pada pembentangan Belanjawan 2020 Jumaat lalu juga, kerajaan bukan sahaja menekankan kepada kebajikan masyarakat Islam di negara ini bahkan memberi kedudukan utama di dalam industri perniagaan buat seluruh rakyat beragama Islam di negara ini.

Melalui penekakanan itu, Guan Eng juga turut membentangkan akan menyalurkan sebanyak RM300 juta bagi perindustrian Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Peruntukan itu akan disalurkan kepada penggiat industri itu disebabkan telah menjadi jaguh utama didalam pembikinan produk halal dan tempatan di rantau ini.

PERUNTUKAN PERKASA PERSIJILAN & PEMBANGUNAN PRODUK HALAL

Malah, hasrat itu juga akan diteruskan dan kerajaan juga akan menyalurkan peruntukan sebanyak RM10 juta kepada Kementerian Pembangunan Usahawan bagi membangunkan kesedaran terhadap persijilan dan pembangunan produk Halal di negara ini.

Melalui perancnagan itu, kerajaan akan menyediakan platform industri tempatan yang akan bersaing ke peringkat antarabangsa sehinggakan pada waktu ini ia dianggarkan telah menerima sambutan sebanyak USD3 trilion.

“Kementerian Kewangan juga akan mewujudkan sebuah Jawatankuasa Khas Kewangan Islam yang akan dipengerusikan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah.

“Dengan wujudnya jawatankuasa ini ia akan menggalakkan dan membangunkan ekosistem kewangan Islam di Malaysia.

“Di samping itu, ia akan meletakkan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan kewangan Islam,” katanya pada pembentangan tersebut.

Guan Eng pada ucapan tersebut juga turut mengatakan jawatankuasa yang akan dibangunkan itu akan merangka Blueprint Ekonomi Islam yang melibatkan kesemua agensi berkaitan.

Ia juga akan melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk Outreach dan kursus profesional mengenai kewangan Islam di seluruh negara.

Pembentangan Belanjawan 2020 kali ini telah banyak memperhalusi segala keperluan rakyat di negara ini malah ia dilihat strategik selari dengan tema yang diberikan dalam meraih keberhasilan bersama yang lagi saksama.

Sebagai rakyat jelata, perlulah rebutkan setiap peluang yang ada, manfaatkan setiap curahan peluang yang diberikan pimpinan kita. Perlu ingat, peluang hanya datang sekali dan takkan datang bergolek.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Faiz Hasan

Leave a Comment
Share
Published by
Faiz Hasan
Tags: mkfokus

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

3 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

3 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

3 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

3 months ago