Categories: EkonomiNASIONAL

Malaysia komited sediakan persekitaran kondusif untuk modal, teknologi asing – PM

PUTRAJAYA, 1 Ogos – Malaysia komited dalam menyediakan persekitaran kondusif untuk menggalakkan aliran masuk modal dan teknologi asing dalam usahanya untuk kekal sebagai pilihan utama pelabur asing, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malaysia menurut beliau, juga sedar tentang keperluan untuk meningkatkan daya saing industri Malaysia di peringkat global.

Berucap pada sesi meja bulat dengan dewan-dewan perniagaan antarabangsa, bertema “Memperkasakan Tenaga Kerja Malaysia, Memupuk Bakat Masa Depan” di sini hari ini, perdana menteri mempelawa komuniti perniagaan asing untuk berkongsi pandangan mereka berhubung usaha untuk meningkatkan potensi yang boleh dilakukan negara ini.

“Saya tidak sabar untuk mendengar pandangan anda mengenai bidang yang berpotensi untuk dipertingkatkan, serta bagaimana kami boleh menjalin usaha sama dan persefahaman lebih baik untuk Malaysia terus maju,” katanya.

Sebelum sesi hari ini, Dr Mahathir berkata dewan-dewan perniagaan asing telah diminta memberikan input berhubung beberapa cabaran yang dihadapi ahli mereka apabila menjalankan operasi dan kegiatan peniagaan di Malaysia.

Beliau menegaskan terdapat banyak naratif mengenai Industri 4.0, kecerdasan buatan (AI), inovasi, automasi, Objek Rangkaian Internet (IOT) dan kemajuan teknologi yang lain dan potensi impaknya ke atas semua industri.

“KIta juga mungkin menyatakan dengan pasti bahawa Industri 4.0 akan mengubah jenis pekerjaan yang diperlukan dalam semua sektor pasaran. Adalah penting untuk ambil perhatian, bahawa, walaupun perubahan dan disruptif adalah perkara baharu yang biasa, keperluan kepada bakat dan pembangunannya kekal penting,” kata perdana menteri.

Sehubungan itu, Dr Mahathir menggesa komuniti perniagaan asing untuk membantu dalam memacu daya saing dan inovasi untuk mewujudkan pekerjaan masa depan di Malaysia.- BERNAMA

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago