Categories: NASIONAL

Malaysia ketiga di Asia siap siaga hadapi wabak

MALAYSIA mendahului Jepun, Singapura dan Indonesia dari segi kesiapsiagaan menghadapi wabak penyakit.

Keputusan kaji selidik Indeks Keselamatan Kesihatan Global yang dilaporkan portal MalaysiaKini semalam, menunjukkan Malaysia diletakkan di kedudukan ke-18 di kalangan 195 negara, di Asia, Malaysia berada di kedudukan ketiga di belakang Thailand dan Korea Selatan – dua negara antara “paling bersedia” dalam senarai, yang masing-masing berada di tempat keenam dan kesembilan daripada 195 negara yang dikaji.

Negara-negara ini dinilai dan skor antara 0 hingga 100 markah berdasarkan maklumat umum keupayaan untuk mencegah, mengesan dan bertindak balas kepada wabak, dan juga sistem kesihatan menyeluruh, pematuhan norma antarabangsa dan pengurusan risiko.

Secara keseluruhan, Malaysia mendapat skor melebihi purata di semua enam kategori, dengan skor yang tinggi terutamanya untuk kategori pengesanan (73.2) dan pengurusan risiko (72).

Malaysia mendapat markah penuh dalam beberapa bidang termasuk komunikasi dengan pekerja penjagaan kesihatan semasa berlaku kecemasan kesihatan awam, berbanding skor purata 15.1 di kalangan semua 195 negara.

Indeks itu dihasilkan bersama oleh Johns Hopkins Center yang berpangkalan di AS untuk Keselamatan Kesihatan dan Inisiatif Ancaman Nuklear, bersama-sama dengan Unit Perisikan Ekonomi.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago