Categories: EvergreenMELAKA

5 MAKANAN Homegrown ‘hot’ di Melaka. No 1 tu admin paling ‘pantang’

BOLEH dikatakan Melaka antara negeri yang menjadi tumpuan pelancong kerana pelbagai makanan viral terdapat di sini. Kalau tak percaya, datang Melaka dan lihat sendiri betapa meriahnya menu-menu menarik menu disediakan sampai tak tau nak pilih yang mana. MK senaraikan antara makanan yang tengah hangat dan popular di negeri ini.

1. ROJAK SOTONG JUMBO


Melihat sotong yang dihidangkan saja dah cukup buat kita terliur. Bagi yang belum cuba, bolehlah ke Durian Daun, Masjid Tanah. Sama ada nak makan dengan rojak atau mee goreng semuanya terpulang kepada anda.

2. CENDOL KAMPUNG HULU


Kalau ke Melaka tak singgah sini memang rugilah korang. Dah penat berjalan tu apa kata try cendol ni. Selain pelbagai pilihan cendol iaitu mangga, longan, durian, dragon fruit dan lain-lain, ia boleh ditambah cheese dan ais krim. Tapi penggemar cendol asli mungkin menu ni sesuatu yang baru untuk mereka.

3. MEE BODOH


Walaupun gelaran tak sedap didengar, tapi, rasanya insyaallah sedap di tekak anda. Mee ni simple jer, digoreng kosong menggunakan minyak dari sambal dan dihidang dengan hirisan timun, telur mata serta sambal. Walaupun ‘bodoh’ tapi padu beb.

4. ROTI JOHN MAEL LAMBONG


Jangan risau, anda takkan melambung kalau makan roti john ni. Berbeza dengan roti john biasa, resipi roti john mael lambong ni ada empat jenis iaitu daging,ayam, tuna dan kambing. Resipinya lain dari yang lain kerana dimasak dengan empat sos berbeza. Paling best sebab ada mozarella cheese.

5. ROTI CANAI KAYU ARANG


Antara makanan tradisi yang popular di Melaka. Kalau datang lambat memang terpaksa beratur dan menunggu lama. Istimewanya sebab roti canai ni dimasak menggunakan dapur arang. Tapi menu dia memang macam-macam antaranya, roto nanchos, roti dol, roti tampal goyang dan banyak lagi.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini
Tags: evergreen

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

12 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago