Makan ke melancong? Melaka syurga makanan

Makan ke melancong? Melaka syurga makanan

Terliur jap.....

DATANG ke Melaka tak sah kalau tak pekena Asam Pedas. Tapi, jangan salah faham. Sebenarnya masih banyak lagi makanan-makanan menarik dan enak di negeri ini.

Malah, ia menjadi ‘signature’ kepada orang luar yang sanggup berkunjung ke Melaka semata-mata untuk mencuba keunikkan pelbagai resipi dan hidangan berbeza.

MelakaKini senaraikan kawasan pelancongan makanan yang boleh menjadi destinasi pilihan masyarakat setempat mahu pun pelancong yang mahu ‘mengisi perut’ di negeri ini.

ASAM PEDAS PASAR BORONG

Lokasi ini antara yang paling popular di Melaka kalau nak makan Asam Pedas.

Menariknya, tidak hanya sebuah kedai tetapi deretan premis makanan terdapat di sini menjadikan Asam Pedas sebagai menu utama.

Apapun, tepuk dada, tanya selera. Pilihla mana-mana kedai yang anda rasakan sesuai dengan tekak dan mampu mengenyangkan perut.

Beroperasi bermula 6pm hingga 3am, antara makanan lain dijual termasuk roti canai, masakan panas dan makanan barat.

ROTI CANAI KAYU ARANG

Terletak tidak jauh dari Bandar Melaka, kedai makan popular dengan menu Roti Canai ini sentiasa menjadi pilihan pengunjung untuk bersarapan.

Kepada mereka yang belum pernah mencubanya, penulis nasihatkan jangan sesekali datang lambat, bukan apa takut takde tempat duduk atau terpaksa beratur panjang pula nanti.

Selain roti canainya yang memikat selera, orang ramai juga boleh mencuba menu lain seperti lontong, nasi lemak kukus dan pelbagai kuih muih tradisional.

Tapi jangan lepaskan peluang mencuba roti tampal, roti bom dan menu ‘rare’ mereka iaitu roti canao nanchos.

Menariknya, roti canai mereka dimasak menggunakan dapur arang.

MEE GORENG HASSAN @ MEE BODO

Kalau sebut Mee Bodo, dah tentu la orang Melaka kenal dan tau di makan terletaknya kedai makan ini.

Apa yang unik mengenai mee ini, penulis sendiri tertanya-tanya?

Walaupun diberikan jolokkan mee bodo, tetapi ia tetap menjadi pujaan dan pilihan bukan sahaja penduduk di negeri ini tetapi orang luar untuk mengisi perut mereka.

Apapun, jika dah kena selera… mee bodo ke mee apa ke… asalkan sedap dimakan, apa yang menjadi persoalan?

Istimewa mengenai Mee Goreng Hassan @ Mee Bodo ini adalah sambal merah yang wajib ada dalam mee goreng tersebut selain telur yang dimasak menggunakan minyak cili.

PERHENTIAN KUIH KAMPUNG

Tak tahu nak pilih kuih apa untuk menu petang? Jom singgah di Perhentian Kuih Kampung yang terletak di Ujong Pasir.

Rasanya kalu dah jejakkan kaki di sini, pasti lebih memeningkan. Bukan apa,lebih 20 jenis kuih muih tradisi dijual di sini dan pastinya ia mengingatkan kita kepada zaman nenek moyang kita dahulu.

Sebut sahaja kuih talam, kole kacang, lepat pisang dan koci, sudah tentu ia terhidang di depan mata.

Selain itu kedai ini turut popular dengan hidangan ayam golek.

ROTI JOHN TARIK MAEL LAMBUNG

Bagi peminat roti john jangan lepaskan peluang mencuba hidangan cukup menggamit selera ini.

Kalau anda penggemar cheese, rasanya inilah ‘port’ paling sesuai untuk anda.

Dengan menggunakan cheese mozarella, sudah tentu anda dapat bayangkan bagaimana lazatnya roti john tersebut.

Selain roti john yang menjadi ‘trademark’ di sini, terdapat juga pelbagai pilihan makanan lain seperti burger.

 

COCONUT SHAKE BATU BERENDAM

Melaka sangat popular dengan cocunut shake!!! Percayalah… ada pelancong yang sanggup datang ke negeri ini semata-mata mahu mencuba minuman istimewa ini.

Menarik mengenai Coconut Shake Batu Berendam, anda boleh menambah air kelapa secara percuma di sini.

Apa yang pasti, rasa minuman ini yang menjadi penarik utama pelanggan ke sini.

Boleh dikatakan coconut shake dihasilkan antara tersedap di negeri ini yang mana apabila diminum, kita masih dapat merasa isi kelapanya digabungkan pula dengan aiskrim vanilla yang membuatkan minumam ini lebih ‘lemak’.

 

MEDAN IKAN BAKAR MELAKA

Tidak lain tidak bukan Ikan Bakar juga menjadi hidang paling terkenal di negeri ini. Terdapat banyak pilihan dan tempat yang menyediakan menu ini, bagaimanapun, penulis senaraikan antara lokasi yang paling diminati dan popular di Melaka.

1. Ikan Bakar Muara Sungai Duyong

2. Ikan Bakar Parameswara Umbai

3. Medan Ikan Bakar Serkam

4. Medan Ikan Bakar Alai

CATEGORIES
TAGS