Categories: JENAYAHMELAKA

Majikan didenda RM8,000 beri maklumat palsu permohonan warga asing

AYER KEROH 7 Feb. – Gara-gara cuba memalsukan maklumat permohonan warga asing, sebuah syarikat di kawasan Perindustrian Bukit Rambai telah didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret Melaka.

Mengikut pertuduhan, tertuduh melakukan kesalahan itu pada 15 Oktober tahun lalu yang mana menerusi ejennya, tertuduh telah memberi maklumat palsu dalam bentuk surat akujanji untuk menyokong urusan permohonan pekerja asing.

Bagi kesalahan tersebut, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 98 (c) Akta Kerja 1955, sabit kesalahan boleh dihukum di bawah seksyen 99A iaitu denda maksimum RM10,000.

Tertuduh bagaimanapun mengaku bersalah bagi pertuduhan tersebut selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa dan Majistret Nazrin Ali Rahim telah menjatuhkan hukuman denda RM8,000.

Jabatan Tenaga Kerja Melaka (JTKM) dalam satu kenyataan memandang serius terhadap perkara ini dan meminta setiap majikan untuk lebih telus dalam setiap urusan permohonan pekerja asing agar ia tidak memberi impak kepada jabatan dan negeri Melaka amnya, di masa akan datang.

Mohamad Fazrul Abdul Majid

Leave a Comment
Share
Published by
Mohamad Fazrul Abdul Majid

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

6 hours ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

2 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

2 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

2 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

2 months ago