Categories: MAIMMELAKA

MAIM selesai lantikan pengerusi masjid

SERKAM 22 Feb. – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sudah memutuskan pelantikan pengerusi-pengerusi masjid melibatkan semua 185 masjid yang terdapat di negeri ini, jelas Timbalan Pengerusinya, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab.

Mohd Sofi berkata, surat pelantikan sudah diedarkan kepada semua masjid-masjid terlibat, selain tiga masjid akan dipengerusikan pegawai daerah (DO) iaitu Masjid Al-Ghafaar (Jasin), Masjid Saidina Ali, Bukit Katil (Melaka Tengah) dan Masjid Al-Rasyiddin (Alor Gajah).

Manakala, terdapat beberapa masjid yang dipengerusikan Setiausaha MAIM, antaranya Masjid Selat Melaka dan Masjid Kampung Hulu-Kampung Kling, manakala Masjid Al-Azim pula akan dipengerusikan Pengerusi MAIM yang juga Ketua Menteri, Adly Zahari sementara Masjid Al-Alami, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pula dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

“Jadi, tiada isu berkaitan tiadanya jawatankuasa masjid dan dijangkakan semua pelantikan jawatankuasa masjid dapat diselesaikan pada minggu ini,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan kerja ke Taman Rimbunan kasih di sini, hari ini.

Sebelum ini, pentadbiran masjid-masjid ditadbir oleh pegawai-pegawai syarak secara sementara, sehinggalah surat pelantikan pengerusi- masjid yang baharu dikeluarkan.

Dalam pada itu, Mohd Sofi berkata, MAIM juga akan mengadakan taklimat bersama semua jawatankuasa masjid dalam usaha mempertingkatkan peranan dan fungsi masjid kepada masyarakat.

“Ini kerana, sebelum ini skop tanggungjawab jawatankuasa masjid terlalu kecil dan kita mahukan agar mereka ini dapat membantu golongan sasar selain memperbanyakkan program keagamaan dan kemasyarakatan dalam kalangan ahli kariah.

“Ia juga bermatlamat supaya perancangan yang dilakukan jawatankuasa masjid ini tidak lari dari hasrat, dasar aspirasi dan perinsip kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang lebih memberikan tumpuan kepada program ‘peduli rakyat’, kerana masjid juga tidak terlepas dari tanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat,” katanya.

Menurutnya, MAIM juga sudah melantik Penyelaras Pengurusan Masjid Daerah (PPMD) yang bertanggungjawab untuk memantau pelaksanaan aktiviti masjid termasuk kewangan di seluruh masjid di Melaka.

“Ini kerana kita mendapat aduan daripada ahli kariah sebelum ini berikutan terdapat masjid yang tidak membentangkan penyata kewangan tahunan mereka, sehinggakan terdapat ahli jawatankuasa yang tidak mengetahui jumlah kewangan masjid.

“Apa yang dilaksanakan ini adalah bagi memastikan jawatankuasa masjid telus, kerana kewangan yang diperolehi merupakan infaq atau sedekah orang ramai.

“Selain itu, MAIM juga akan memastikan mesyuarat agung dapat dilaksanakan supaya ahli kariah dapat memberikan teguran mahupun pandangan berkenaan aktiviti-aktiviti yang dijalankan masjid,” jelasnya.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria
Tags: YB Sofi

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 day ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

2 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

2 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

2 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

2 months ago