MAIM salur bantuan ‘one-off’

MAIM salur bantuan ‘one-off’

Lepas ni harap orang ramai boleh tampil sama-sama menyumbang bantuan kepada golongan memerlukan,,

MERLIMAU 3 Mei – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sentiasa komited untuk membantu golongan tidak berkemampuan terutama ketika menghadapi bulan Ramadan dan musim perayaan yang bakal menjelma tidakl lama lagi.

Ini termasuk menyalurkan bantuan secara one-off kepada golongan yang memerlukan.

Menurut Setiausaha MAIM, Azman Aziz, bantuan tersebut disalurkan kepada mereka yang benar-benar layak bagi mengurangkan kesusahan mereka.

“Baru-baru ini MAIM berkesempatan menyampaikan bantuan one-off kepada seorang ibu tunggal, Zarenah Sadikon,….., yang menjaga ibu dan ibu mertuanya yang menghadapi penyakit saraf di Taman Maju Jaya di sini.

“Kita telah menghantar kakitangan ke rumahnya untuk menyampaikan bantuan wang tunai dan keperluan lain yang diperlukannya,” katanya kepada MelakaKini.

Jelasnya, Zarenah memerlukan lampin pakai buang dan susu bagi keperluan ibunya dan ibu mertuanya yang terlantar selain seorang anak lelaki dewasa yang menghadapi masalah mental dan kurang ingatan.

“Melihat masalah menimpa keluarga ini, MAIM terpanggil untuk membela nasib mereka,” katanya.

CATEGORIES
TAGS