MAIM laksana program pemulihan, bantu peserta Taman Rimbunan Kasih

MELAKA, 5 Julai – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan melaksana program pemulihan dalam masa terdekat bagi membantu golongan asnaf yang terlibat dalam projek Taman Rimbunan Kasih di negeri ini keluar daripada garis kemiskinan.

Timbalan Pengerusi MAIM, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab berkata pihaknya telah melantik pengendali baharu bulan lepas bagi memajukan semula projek itu.

Taman Rimbunan Kasih adalah model transformasi masyarakat di kawasan luar bandar yang moden, memenuhi keperluan penempatan kehidupan komuniti, selain menjana ekonomi menerusi industri pertanian yang mengamalkan kaedah pertanian berteknologi tinggi.

Projek bernilai RM24 juta di kawasan berkeluasan 14.164 hektar itu mempunyai dua bahagian pembangunan iaitu kawasan perumahan seluas 8.094 hektar dan 6.07 hektar untuk pertanian dan perikanan.

Sebelum ini, pembangunan infrastruktur dan pengurusan projek berkenaan dilaksanakan oleh sebuah syarikat swasta serta sebuah jabatan kerajaan dan antara punca projek tersebut dihentikan sehingga terbengkalai dipercayai kerana kegagalan syarikat sebelum ini menguruskan projek berkenaan.

Pada 22 Feb lepas, kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) membuat keputusan untuk membangunkan semula projek berkenaan pada Jun bagi membela nasib golongan asnaf dan fakir miskin yang bekerja di taman itu.

Sementara itu, Mohd Sofi yang juga Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam negeri berkata pihak berwajib perlu menyiasat kehadiran golongan gelandangan dan peminta sedekah di tepi jalan sekitar Melaka sejak kebelakangan ini yang dilihat mencacatkan imej Melaka sebagai sebuah negeri pelancongan.

Beliau berkata sehingga kini, pihak MAIM tidak mempunyai data lengkap mengenai gelandangan dan peminta sedekah untuk dikategorikan sebagai golongan asnaf kerana kebanyakannya datang dari luar negeri Melaka dan juga terdiri daripada warga asing.
– BERNAMA

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago