MAIM bela nasib asnaf

MAIM bela nasib asnaf

Teruskan tanggungjawab bantu golongan memerlukan...

BUKIT KATIL 5 Ogos – Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Azman Aziz berkata, seramai 7,000 asnaf dilaporkan berbanding tahun lalu hanya 6,200.

Menurutnya, semua asnaf -asnaf ini berjaya dikesan menerusi program jejak asnaf yang dimulakan awal tahun ini.

“Program ini melibatkan kakitangan MAIM, orang kampung, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), pihak Japerun dan paling penting pasukan ‘task force’ MAIM sendiri,” katanya kepada MelakaKini.

Tambahnya, walaupun jumlah golangan tersebut meningkat, namun MAIM tidak mempunyai masalah menyampaikan saluran bantuan kepada mereka.

“Dengan adanya peningkatan kentungan MAIM, kita yakin golongan tersebut dapat dibela berterusan.

“Kita juga minta sesiapa saja yang mempunyai masalah khususnya golongan asnaf ini berikan maklumat kepada pihak kami supaya kami bersama kerajaan negeri dapat menyampaikan hak mereka,” katanya.

Tambah Azman, sehingga kini MAIM meluluskan RM120,000 hingga RM150,000 setiap minggu bantuan kepada pemohon baharu dan bantuan luar jangka.

“Kita mempunyai pegawai penyiasat khas yang mana bila kita menerima sebarang aduan atau laporan berkenaan keluarga miskin, mereka akan dikerahkan memantau keluarga itu secepat mungkin,” katanya.

Sementara itu, menurut Azman, MAIM mencatatkan lebihan RM7.2 juta tahun ini berbanding tahun lalu jabatan tersebut kerugian gampir RM9.3 juta.

“Keuntungan sebenar dimiliki sehingga Jun lalu adalah hampir RM 16 juta dan ia diperoleh menerusi konsep perbelanjaan berhemah disamping pelbagai pendekatan lain dilaksanakan MAIM.

“Kita gunakan wang tersebut untuk perkara yang betul saja. Tiada sebarang pembaziran atau perbelanjaan lain tidak menepati prosedur MAIM digunakan,” katanya.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS