Categories: MELAKA

Mahasiswa UTeM sokong ‘cashless campus’

AYER KEROH 1 Okt. – Kempen ‘cashless campus’ yang sedang galak dijalankan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mendapat sambutan positif dari kalangan mahasiswanya.

Menyifatkannya sebagai antara langkah bijak dalam mengurangkan beban di poket, Abdussalam Zaihar, 22, berkata, dia tidak sabar melihatkan diaplikasikan secara meluas di kampus berkenaan.

Anak sulung dari empat beradik itu berkata, penggunaan sekeping kad bagi kegunaan harian amat mudah dan lebih menjimatkan masa berbanding kaedah sedia ada.

ABDUSSALAM

“Ketika ini hanya beberapa kawasan di kampus itu yang mengaplikasikannya seperti di koperasi dan kafe.

“Terus terang, saya jenis yang tidak suka beratur dan menunggu bagi hal-hal remeh.

“Jadi ia adalah inisaitif yang baik dan berharap ia diperluaskan ke semua kawasan sekitar kampus,” katanya yang sedang menuntut dalam tahun kedua Fakulti Kejuruteraan Pembuatan.

Bagi Aliya Adliena Selamat, 24, pula menerusi kempen berkenaan, ia bukan sahaja menjimatkan masa bagi urusan pembayaran tertentu, tetapi mampu mengurangkan risiko kecurian wang.

ALIYA

“Saya lihat ia dari sudut itu, bayangkan jika dompet anda tercicir dan dijumpai semula, kebarangkalian barangan bernilai yang dismpan mungkin tidak akan ditemui semula.

“Tetapi menerusi kempen ini, kad bank mempunyai sekuriti tertentu jadi ia amat selamat dan merupakan langkah bijak, saya menyokong kempen ini,” kata anak bongsu dari lima beradik itu.

Aliya merupakan pelajar tahun empat Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Komputer.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago