Mahasiswa UTeM agresif basmi denggi

Mahasiswa UTeM agresif basmi denggi

DURIAN TUNGGAL 14 Mac – Seramai 35 mahasiswa Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FTKMP) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mengembleng tenaga bagi membasmi wabak denggi di negeri ini.

Ia melalui program Gotong-royong MEGA Bersepadu 1.0 Perangi Denggi 2019 yang diadakan serentak di seluruh negara baru-baru ini.

Dekan FTKMP UTeM, Prof. Madya Dr. Umar Al-Amani Azlan berkata, penyertaan mahasiswa dan pihak pengurusan UTeM itu sebagai tanggungjawab sosial buat masyarakat.

“Hasil gotong-royong ini, banyak kawasan pembiakan nyamuk aedes berjaya dimusnahkan.

“Program ini memberi pendedahan yang baik kepada pelajar tentang suasana menyemarakkan semangat bekerjasama antara satu sama lain,” katanya selepas program tersebut di Taman Rembia Jaya, baru-baru ini.

Program anjuran Pejabat Kesihatan Alor Gajah itu dirasmikan Pegawai Daerah Alor Gajah, Rahizi Ranom.

Antara jabatan terlibat, Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Balai Polis Rembia, Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Pejabat Pertahanan Awam, Pejabat Parit & Saliran Alor Gajah serta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SW Corp) Melaka.

Hadir sama, Pegawai Kesihatan Daerah Alor Gajah, Dr. Hazlinda Hamzah.

Katanya, program itu juga dilihat dapat mengeratkan silaturahim warga FTKMP bersama masyarakat setempat, selain mempromosi universiti kepada penduduk setempat.

 

CATEGORIES