ZOO MELAKA di Ayer Keroh yang mula dibuka pada 1963 adalah zoo kedua terbesar di Malaysia. Pengunjung luar yang memasuki Melaka melalui Plaza Tol Ayer Keroh pasti akan melewati kawasan zoo yang terletak di sebelah kiri mereka. Bagi mereka yang pertama kali menjejak kaki ke negeri ini mungkin akan tertanya-tanya, ada apa di Zoo Melaka? Berikut adalah sebahagian daripada jawapannya.
1. ELSA SANG HARIMAU PUTIH
Seekor Harimau Putih Bengal yang diberi nama Elsa merupakan tarikan terbaru di Zoo Melaka. Harimau betina seberat 100 kilogram dilepaskan ke ruangan pameran pada sambutan Hari Malaysia bermula 14 September ini. Selain Elsa, Zoo Melaka mempunyai lebih 500 ekor haiwan daripada 183 spesies termasuk singa dan zirafah.
2. PERTUNJUKAN HAIWAN
Terdapat pelbagai pertunjukan haiwan oleh jurulatih berpengalaman yang bakal memukau pengunjung khususnya kanak-kanak. Namun pertunjukan hanya dijalankan pada waktu-waktu yang tertentu sahaja. Pengunjung juga berpeluang menyaksikan dan merasai pengalaman memberi makanan kepada haiwan jinak seperti gajah.
3. PROGRAM PENDIDIKAN UNTUK PELAJAR SEKOLAH DAN UNIVERSITI
Zoo Melaka juga menawarkan pelbagai program pendidikan yang menyasarkan pelajar pra-sekolah hingga pelajar institusi pengajian tinggi. Antara program tersebut adalah Kinder Zoo untuk pelajar pra-sekolah dan sekolah rendah; Fresh Zoo untuk pelajar sekolah rendah; Peer Zoo untuk pelajar sekolah menengah dan Uni Zoo untuk pelajar kolej dan universiti. Pelbagai aktiviti dan sesi pembelajaran yang menyeronokkan menanti para pelajar.
4. SAFARI MALAM
Tidak lengkap melawat Zoo Melaka jika tidak mengunjungi Safari Malam. Pengunjung berpeluang melihat aktiviti dan tingkah laku haiwan liar pada waktu malam. Ia menjanjikan suatu pengalaman baru yang menyeronokkan.
5. AKTIVITI LUAR (OUTDOOR) UNTUK YANG INGINKAN CABARAN
Jika anda seorang yang sukakan cabaran, Zoo Melaka juga menyediakan aktiviti luar lasak dikenali sebagai Zoomanji. Ia direka untuk mereka yang ingin mencari keseronokan ekstrim. Zoomanji juga sesuai untuk syarikat korporat atau jabatan kerajaan yang ingin mengadakan aktiviti kerja berkumpulan (team building) untuk kakitangan mereka.
SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.
Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…
TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…
SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…
AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…
KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…
Leave a Comment