Categories: Ketua MenteriMELAKA

M-Perantis wujud lebih banyak peluang pekerjaan – Adly

BACHANG 14 Jan. – Kerajaan negeri mewujudkan Perantis Melaka (M-Perantis) sebagai inisiatif baharu membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, satu jawatankuasa di bawah agensi kerajaan negeri akan ditubuhkan bagi menguruskan perantis tersebut.

“Kita modelkan sebagai Perantis Melaka, di mana kita akan bekerjasama dengan pihak swasta, kita dah kenal pasti beberapa kerjasama supaya mereka boleh sediakan banyak peluang pekerjaan.

“Pada 1 Mac depan kita akan adakan khemah peluang kerjaya untuk mereka, buat masa ini kita akan kumpulkan seberapa banyak peluang pekerjaan untuk diisi nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Penyampaian Sumbangan Sambutan Tahun Baharu Cina Tahun 2020 di Pasaraya KipMall, hari ini.

Jelasnya, peluang pekerjaan itu akan disediakan agensi kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan swasta di negeri ini.

“Justeru, kita minta supaya rakyat di negeri ini yang masih tiada kerja untuk berdaftar dengan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) supaya maklumat tersebut boleh kita dapatkan pada 1 Mac depan.

“Kita akan buat secara berkala sama ada dwi tahunan atau setiap suku tahun supaya lebih banyak peluang pekerjaan disediakan kepada penduduk di negeri ini,” katanya.

Ujarnya, M-Perantis itu mampu menyelesaikan masalah pengangguran di negeri ini dalam jangka masa pendek.

“Kita akan strategikan semula, bukan hanya wujudkan peluang pekerjaan sedia ada, tetapi mewujudkan peluang pekerjaan baharu kepada generasi kita.

“Sekarang kita sedang kumpul data dari pihak kerajaan dan swasta, kita akan muktamadkan keputusan berdasarkan keperluan tenaga kerja yang diperlukan rakyat di Melaka,” katanya.

Tambahnya, rakyat yang tidak mempunyai pekerjaan akan ditemuduga secara terus serta diberikan pekerjaan pada 1 Mac tersebut.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

3 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago