Categories: MELAKAPELANCONGAN

Lukisan mural sambut ketibaan pengunjung ke Terminal Melaka Sentral

PERINGGIT 23 Sept. – Pengunjung ke Terminal Melaka Sentral di sini kini boleh menyaksikan lukisan mural pelbagai lokasi menarik yang boleh dilawati di Melaka.

Pengurus Besar Melaka Sentral Sdn Bhd (MSSB), Md Yusoff Abdullah berkata, mural sepanjang 7.2 meter dan setinggi 3 meter yang terletak di Balai Ketibaan Penumpang Bas Antara Negeri di terminal itu, siap pada 1 Mac lepas.

Beliau berkata, projek lukisan mural itu adalah usahasama antara MSSB dan Jabatan Seni Halus, Fakulti Seni Halus dan Senireka, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka.

“Mural ini adalah berkonsepkan tempat-tempat menarik di Melaka yang boleh dikunjungi oleh pelancong terutama yang menggunakan terminal ini sebagai perhentian perjalanan mereka,” katanya.

Menurut beliau, selain untuk menyambut ketibaan pengunjung yang menggunakan terminal tersebut, lukisan mural itu juga dapat mewujudkan suasana ceria dan menarik untuk para pengunjung.

“Kita juga merancang menaiktarafnya dengan penambahan lampu hiasan supaya lebih menarik dan bercahaya dengan penggunaan lampu LED berwarna warni,” tambahnya.

Lukisan mural atau hiasan dalaman yang dilukis pada dinding, siling dan permukaan kekal yang besar dikatakan bermula pada zaman Paleotik di Selatan Perancis dan di zaman Mesir Purba.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Roshidi Abu Samah

Leave a Comment

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago