Categories: NASIONAL

LTTE: AG tamatkan prosiding jenayah terhadap 12 individu

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Peguam Negara Tommy Thomas hari ini melaksanakan kuasa budi bicaranya untuk memberhentikan prosiding terhadap 12 individu dalam perbicaraan kerana didakwa terlibat dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) berkuatkuasa serta merta.

Dalam kenyataan media sepanjang 11 mukasurat, Thomas berkata setiap seorang daripada mereka mempunyai di dalam telefon bimbit atau akaun Facebook mereka gambar Velupillai Prabhakaran dan pemimpin-pemimpin lain LTTE yang terbunuh semasa Perang Saudara di Sri Lanka.

“Sekiranya perbuatan sedemikian boleh terjumlah sebagai satu kesalahan jenayah, ia akan meletakkan undang-undang ke tempat yang tidak dihormati.

“Namun walaupun berkemungkinan terdapat elemen-elemen ‘perbuatan pengganas’ di pihak kesemua atau mana-mana antara 12 tertuduh LTTE dengan memiliki, mengedar atau memaparkan gambar-gambar tersebut atau Prabhakaran, ia adalah mustahil bagi pendakwaan untuk membuktikan bahawa mereka tidak termasuk dalam kategori pengecualian Seksyen 130B(4) Kanun Keseksaan yang mana ia sekadar terjumlah ‘sokongan, bantahan atau pertentangan pendapat’,” katanya.

Antara 12 yang ditangkap itu adalah dua Adun DAP – P Gunasekaran (Seremban Jaya) dan G Saminathan (Gadek).

Menurut Thomas, beliau membuat keputusan bahawa tiada prospek yang jelas untuk sabitan terhadap mana-mana 12 tertuduh ke atas mana-mana 34 pertuduhan tersebut.

“Oleh yang demikian, dalam menjalankan kuasa budi bicara saya menurut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, saya telah memutuskan untuk memberhentikan prosiding-prosiding terhadap mereka berkuat kuasa serta merta,” katanya.

Semua mereka ditahan pihak berkuasa pada 29 Oktober tahun lalu dan sejak itu didakwa di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, atau dikenali sebagai SOSMA.

Yusri Sahat

Leave a Comment
Share
Published by
Yusri Sahat

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago