Categories: AntarabangsaMELAKA

LTAM semakin ‘sibuk’

PERKHIDMATAN Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) dilihat semakin relevan dalam kalangan penduduk tempatan.

Penambahan destinasi dari semasa ke semasa membuatkan rakyat negeri ini memilih untuk menggunakan LTAM berbanding Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk ke lokasi pilihan.

Walaupun hanya boleh menghubungkan pengguna dari Melaka ke Pulau Pinang, Kota Bharu, Pekan Baru dan Langkawi tetapi sejak Jun lalu, telah dicatatkan hampir 3,000 pelancong ke negeri ini menggunakan khidmat LTAM.

Malah pengurusan Malindo Air dan Air Asia juga sentiasa merancang untuk menambah destinasi penerbangan dan ini dilihat sebagai satu langkah positif bagi menarik syarikat penerbangan lain beroperasi di lapangan terbang itu.

Ia terbukti perkhidmatan disediakan berhasil dan mendapat respons baik.

Menurut Pengurus LTAM Malaysia Airports Sdn Bhd, Mohamad Nazri Mat Khalib, pihaknya turut mementingkan keselesaan pengguna semasa berada di LTAM.

“Kita menyediakan pelbagai kemudahan kaunter pertukaran wang asing, kafe, bilik penyusuan dan tandas awam bagi kemudahan mereka.

“Pada masa sama, terdapat juga ruang perniagaan yang menjual makanan ringan, cenderahati dan produk tempatan untuk menarik lebih ramai pelancong ke sini,” katanya.

Jelas Mohamad Nazri, pelbagai inisatif akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Kita akan buka tender bagi pelbagai perkhidmatan termasuk iklan billboard, kiosk, mesin ATM dan perkhidmatan membalut hadiah di sini,” katanya.

Dalam pada itu, waktu operasi penerbangan dijadualkan dari jam 7 pagi ke 7 petang.

“Buat masa sekarang operasi penerbangan komersil bertumpu di antara jam 11 pagi hingga 3 petang.

“Waktu lain digunakan untuk operasi akademi penerbangan International Aero Training Academy (IATAC) dan Malaysian Flying Academy (MFA),” katanya.

Pengurusan LTAM juga proaktif memastikan lebih ramai pelancong luar dan dalam negeri ini terus menggunakan perkhidmatan disediakan.

“Kita turut menjalankan kerjasama dengan Tourism Melaka bagi tujuan promosi dan memperkenalkan perkhidmatan kami kepada semua.

“Malah, terdapat kaunter di dalam ‘airport’ dibuka untuk tujuan promosi,” katanya.


SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

12 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago