Oleh MARINA SAHABUDIN
JASIN 27 Dis. – Seorang pemandu lori tangki terselamat apabila lori dipandunya terlibat dalam kebakaran enjin di Kilometer 178.7 Lebuhraya Utara Selatan (arah utara) di sini, malam tadi.
Hasil siasatan insiden yang berlaku kira-kira jam 10.45 malam itu mendapati, lori dipandu
N. Jayakanthan, 48, dalam perjalanan dari Singapura menuju ke Sungai Buloh.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, pemandu terbabit bernasib baik kerana terperasan percikan api di bahagian enjin lorinya.
Menurutnya, apabila dia melihat api di bahagian enjin semakin marak, dia lalu bergegas memakir lorinya di tepi jalan.
“Akibat kebakaran tersebut, bahagian kepala lori tangki dan enjin musnah,” katanya kepada pemberita.
Bagaimanapun katanya, Jayakanthan berasal dari Seremban, Negeri Sembilan, tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Sewaktu kejadian, lalu lintas di situ mula sesak bermula di Kilometer 175.0 kerana laluan terpaksa ditutup bagi menjalankan operasi memadam kebakaran,” katanya.
Kebakaran dapat dikawal dan api berjaya dipadamkan oleh anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Jasin Bistari kira-kira jam 11.30 malam.
Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…
TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…
SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…
AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…
KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…
Leave a Comment