Lokasi AKTIVITI LASAK DI MELAKA. No.4 tu korang kena cuba!

MELAKA bukan sahaja memiliki destinasi pelancongan dan tempat makan yang menarik, bahkan ia turut menawarkan lokasi-lokasi aktiviti lasak untuk mereka yang berjiwa kental. Jika anda seorang peminat aktiviti lasak, empat tempat berikut wajar anda lawati sekiranya berkunjung ke negeri ini.

1. SKYTREX ADVENTURE MELAKA

Terletak di Taman Botanikal, Durian Tunggal dan hanya 5-minit memandu dari Plaza Tol Ayer Keroh. Menawarkan pelbagai aktiviti mencabar minda dan fizikal seperti ‘skybike’, ‘flying fox’ dan ‘tarzan swing’. Bagaimanapun pembelian secara ‘online’ diperlukan jika anda berhasrat menikmati aktiviti yang ditawarkan.

2. REDTMA ADVENTURE URBAN PARK

Menawarkan aktiviti seperti ‘flying fox’ dan ‘wall climbing’. Terletak di Jalan Tasik, Ayer Keroh. Dikatakan aktiviti-aktiviti di sini ditawarkan pada harga yang sangat murah.

3. TAMAN EKO-RIMBA BUKIT BATU LEBAH

Ini adalah tempatnya jika anda ingin merasai keseronokan mendaki bukit sambil menjelajah gua. Juga menawarkan pelbagai aktiviti lain seperti ‘abseiling’ dan ‘bird watching’. Terletak di Selandar, Jasin.

4. FLYBOARD MELAKA

Tak percaya anda boleh menikmati aktiviti ‘flyboard’ di Melaka? Silalah berkunjung ke sini untuk menguji adrenalin anda. Terletak di Jalan Tasik, Ayer Keroh tetapi anda perlu membuat ‘advanced booking’ jika ingin mencuba aktiviti ini.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Roshidi Abu Samah

Leave a Comment
Share
Published by
Roshidi Abu Samah
Tags: evergreen

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

5 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

7 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

7 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

7 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

7 months ago