Categories: EvergreenMELAKA

Loghat orang Melaka…’Kahau’ ke tak?

PERTAMA kali ke Melaka? Jangan terkejut kalau dengar bahasa atau loghat yang diorang gunakan. Bukan apa, ramai yang cakap orang Melaka ni cakap kasau-kasau. Perkara ni sebenarnya memang diakui oleh mereka sendiri. Tapi, walaupun percakapan mereka kasau, mereka ni sebenarnya baik hati. Jom kita belajar sikit bahasa orang Melaka, takdelah tertanya-tanya apa diorang cakap nanti….

Anggai – Jemur
Amek – Ambil
Ape Ngentam – Apa Kena
Air Semangkeng – Air Tembikai..
Ambuat – Buat Apa
Ampang – Sangat
Ajuk – Kutuk
Amende – Apabenda
Acop – Lepas Had
Ambik – Ambil
Acop – Paras Kepala
Belajau – Belajar
Begolot-Golot – Berebut-rebut
Berlendir-Berdating
Bongkau – Bangun
Begau – Degil
Beledau – Mangkuk Besen.
Bejeman – Berzaman/ lama sangat
Barah – Makan
Biau Benau – Biar Benar
Bahlighap – Bahasa kasar bermaksud makan
Becinta -Malas
Boyan – Buaian
Berkepau – Berselerak
Belo – Bodoh
Berkalok – Berdaki
Bakau Darah – Buat orang marah
Bebal – Tak faham bahasa
Begau – tak betul atau datang gila
Bokbang – Cakap tinggi
Berdepot – Mantap
Bak – Bagi sini
Bingai – Bodoh
Bagak – Besar Dan Kasar (Rupa/Bentuk)
Birat – Kulit gelap atau hitam
Balon – Pukul
Belengging – tak pakai baju
Cekau – Rampas
Cendekil – Main Tipu
Coken – Towel Mandi
Cakuncak – Pesta Meriah
Cuak – Takut
Cekadak – Banyak Songeh
Cakpi – Mancis Api,
Caklon – Isap Gam
Cepuk – Pukul
Dak – Bahasa digunakan untuk gelar seseorang ( Dak Ali, Dak Din)
Dedau – Badan Panas Nak Demam
Gobok – Almari
Handau – Sia-sia
Hanjeng – Anjing
Ikan Betuk – Ikan Puyu
Ikan Guan – Haruan
Gempau – Gempar
Gebang – Cakap besar
Gogok – Teguk
Jibauk – Musibat
Kensal – Tuala
Kuang – Kurang
Kendian – Kemudian
Kerok – Garu
Kuti – Picit / Cuit
Kahau – Cakap kasar
Kejau – Kejar
Kemut – Kedekut
Kuau – Keluar
Lapau – Lapar
Lahabau – Bahasa digunakan apabila berjumpa kawan, saudara-mara
Leba Lebo – Cakap Ye Ye Je
Lebau – Lebar
Membobok – Kuat bercakap
Melingkau – Melingkar
Mengimol – Menyibuk
Melantak – Makan
Merewang – Gotong-royong kenduri
Mengimul – Berhabis-habisan buat sesuatu
Mengimol – Mengada
Medu – Terlalu manis
Menyingai – Senyum kambing
Majal – Degil
Musibat – Orang tak baik
Mengabong – Mengarut
Melebau – Tiada Hala Tuju
Mencanak – Terhebat
Melalak – Menangis
Moh – Jom
Memekak – Bising
Menyandau – Bila kenyang sangat
Meleju – Melulu
Monceh – Duit Baki
Malaun – Panggilan bila maki orang
Mengulau – Curi tulang
Muka Seposen – Muka Sedih
Nijam – Sekarang
Nyandau – Sandar
Owang – Bahasa diri sendiri
Ongket – Angkat
Pagau – Pagar
Peygang – Pegang
Pijau – Pedih/Pedas
Panas Menyenggau – Panas Sangat
Pasau – Pasar
Palotak Kau – Kepala Otak Kau
Pengkau – Salah sasaran / jalan tak betul
Penampau – Penampar
Piuk – Periuk
Pedehal – Tak Kesah
Sepok – Tampar
Sapu Hawau – Tak guna
Soyok – Hujung
Sangap – Menguap
Seligi – Belasah
Siot – Apalah
Seloghoh – Bergurau
Sabau – Sabar
Seron – Takut
Santak – Penuh
Seriau – Takut
Tutoh – Bantai / belasah / bedal
Terejal – Degil
Tebau – Tebar
Telokop – Rosak
Tenggek Air – Masak Air
Tak Palau – Tak Hairan
Tarah – Potong Sesuatu
Tapau – Bungkus
Takdan – Tak sempat
Tawau Hebeh – Tawar
Tibai – Ligan
Tiak – Panggil

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini
Tags: evergreen

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

4 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

6 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

6 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

6 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

6 months ago