Lima sukan popular di Melaka

Lima sukan popular di Melaka

Kalau anda mempunyai cadangan sukan lain di Melaka yang lagi popular, sila repon di ruang komen kami. Boleh kami cover news nanti..

BERCAKAP tentang Melaka, sebuah empayar yang dibuka oleh Parameswara hingga dijajah beratus tahun pastinya kerap kali diceritakan kepada pelancong yang mengunjungi negeri ini.

Bermula dengan kisah bagaimana jatuhnya legasi Kesultanan Melayu Melaka, kepada kebangkitan kembali bandaraya moden yang kini dikenali sebagai Melaka Bandaraya Bersejarah. Dalam beberapa lokasi, kebanyakannya pasti lupa yang negeri ini juga sering kali menjadi antara lokasi penganjuran sukan bertaraf kebangsaan dan antarabangsa.

Kami lampirkan di sini sebahagian aktiviti sukan yang popular di negeri ini dan antaranya sudah menjadi tradisi di negeri ini.

BOLA SEPAK (MELAKA UNITED)

Yezza, pasukan kegemaran rakyat Melaka, lepas dikenali dengan nama singkatan MU, awas bukan Manchester United ye, tetapi Melaka United.

Mula mengorak langkah ke Liga Super selepas muncul juara dua musim berturut-turut pada tahun 2015 yang melayakkannya beraksi di Liga Perdana pada 2016.

Dan kemudiannya meneruskan siri rakus menjulang piala kedua hingga melayakkannya bersaing di pentas elit hingga kini.

Dengan kelebihan ‘home ground’ di Stadium Hang Jebat yang mampu memuat kira-kira 40,000 penyokong bagi setiap kali perlawanan, keriuhan aksi saingan pastinya memukau kepada mereka yang ingin menyaksikan perlawanan pasukan Sang Kancil.

MUAYTHAI

Buat penggemar perlawanan seni bela diri, kat Melaka pun femes juga dengan penganjuran muaythai.

Bermula dengan penganjuran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, pastinya lokasi yang diadakan penuh dengan penyokong dan peminat.

Setakat darah tu bukan satu masalah, kata anak jantan. Paling terbaru penganjurannya adalah ketika Melaka Muaythai Fighting Challenge (MMFC) 2018 yang diadakan di Bukit Serindit.

Memang syok tengok atlet Malaysia tibai Thailand, jarang-jarang terjadi.

Bagi mereka yang nak berlatih muaythai pula, di Melaka gelanggang terbesar negara yang mampu memuat 2,000 pelatih telah pun dibuka di Plaza Hang Tuah.

Pastinya gempak kalau boleh berlatih kemudian saksikan aksi atlet muaythai di Melaka.

GOLF

Bagaimanapun, yang ini juga berada dalam senarai kerana kira-kira empat padang golf yang sering diketepikan orang ramai.

Paling popular sudah tentu padang golf Ayer Keroh Country Club (AKCC) yang sering menjadi antara lokasi pilihan pertandingan golf kebangsaan.

Dengan jenama yang sudah tentu ada dan kualiti padangnya, para peserta luar bukan sahaja dapat bersaing secara sihat tetapi, berjalan-jalan sekeliling Melaka selepas perlawanan.

Dengan kawasan persekitaran yang santai, main pun tenang-tenang. Syok woo.

MELAKA INTERNATIONAL MOTOSPORT CIRCUIT (MIMC)

Yang ini pula berbeza, penat dia lain macam sikit kalau bersaing dalam arena ni.

Bukan setakat poket yang kempis, silap haribulan dengan tuan tanah pun kempis.

Ya, misi mengejar kelajuan bukan murah.

Walaupun kebanyakan lebih gemar menguji kekuatan jentera masing-masing di atas jalan, namun ia tidak disarankan kerana merbahaya

Dengan adanya MIMC, penganjuran sukan perlumbaan sudah pasti menghapuskan stigma peminat jentera Jepun atau modifikasi adalah perosak generasi.

LE TOUR DE LANGKAWI (LTDL)

Sukan bertaraf antarbangsa yang menyaksikan peminat sukan berbasikal menguji kekuatan di setiap lokasi.

Bermula pada 1996, penganjuran LTDL kerap kali mencuri perhatian dengan ratusan pelumba di lokasi kampung.

Beruntung kalau nampak boleh ambil gambar buat kenangan-kenangan.

Dengan penganjuran LTDL, peserta bukan sahaja mampu bersaing, tetapi dalam masa sama umpama serampang dua mata bagi mempromosikan lokasi penganjuran

Diadakan di Melaka pada 7 April lalu, yang menyaksikan pelumba TSG Cycling Team, Mohd Harrif Salleh muncul pelumba kedua negara bagi kategori individu untuk memenangi litar kedua Le Tour De Langkawi (LTDL) 2019 dengan catatan 4 jam 53 minit dan 20 saat dari Senawang ke Melaka.

 

IA BERBALOI UNTUK DILIHAT

Walaupun sukan dilihat sebagai antara sub sektor penggerak ekonomi, ia juga membuka ruang melahirkan atlet pelapis dan paling utama, mempromosikan Melaka ke seluruh dunia.

 

Jangan terlepas berita terkini Negeri Melaka dengan Like dan Follow Facebook Page MelakaKini atau sertai dan lontarkan isu anda di Group MelakaKini untuk kami ketengahkan.

CATEGORIES
TAGS