Categories: EvergreenMELAKA

Lima fakta mengenai PERIGI HANG TUAH yang anda tak tahu. No 5 tu ‘rare’

BERCERITA mengenai sejarah laksamana Hang Tuah dan saudaranya pastinya terdapat beberapa persoalan yang bermain di fikiran. Manakan tidak, segala membabitkan dirinya masih sukar dijelaskan kecuali hanya beberapa perkara dan hanya disokong menerusi catatan rasmi, itu pun masih banyak yang perlu dicari. Misalnya sebuah perigi yang dinamakan bersempena nama beliau. Apa yang menariknya kisah Perigi Hang Tuah yang sedalam 1.8 meter berdasarkan fakta tidak rasmi itu terhasil dari hentakan pendekar Melayu berkenaan suatu ketika dulu, namun ia dicanggah sebahagian pihak mengatakan perkara sebaliknya. Berikut adalah lima fakta mengenai Perigi Hang Tuah yang anda tidak tahu.

1.AIR YANG JERNIH DAN TIDAK PERNAH KERING

Sehingga hari ini, air dari telaga berkenaan kekal jernih dan bersih dan sentiasa mengalirkan air dan tidak kering sepanjang masa, walaupun ketika Melaka dilanda krisis air pada 1991.Mungkin terdapat bekalan air bawah tanah yang menjadi sumber dan sebab mengapa airnya sentiasa segar dan tidak tercemar. Walaupun bercampur dengan air hujan, air di dalamnya tetap jernih dan dikatakan ia mampu menyembuhkan penyakit dan sesiapa yang meminumnya mampu kekal awet muda, tetapi ia tidak dapat dipastikan secara saintifik.

2.BUKTI KEPAKARAN MASYARAKAT MELAYU SUATU KETIKA DAHULU

Wujud  sejak 1,400 tahun yang lalu, perigi berkenaan sebenarnya memainkan peranan besar dengan sejarah Melaka dan menjadi bukti kepada teknologi ketamadunan yang dimiliki orang Melayu ketika dulu. Jika dilihat, struktur binaannya yang bertingkat atau bertapak itu seakan ditebuk dari bongkahan batu laterit atau batu merah dan terdapat kesan pahat yang kemas pada dinding membuktikan kepakaran ketamadunan yang sangat tinggi. Ditemui secara tidak sengaja oleh penduduk kampung ketika bergotong-royong, ia kini kekal menjadi produk pelancongan sejarah yang wajar disaksikan.

3. TIDAK BULAT SEPERTI PERIGI LAIN

Perigi biasa biasanya berbentuk bulat atau hampir bulat, tetapi tidak bagi Perigi Hang Tuah ini. Jika diamati, ia berbentuk seperti bujuh sirih yang dikatakan terhasil dari hentakkan panglima terkenal nusantara itu ketika ingin menunaikan solat di kampung berkenaan. Selepas beberapa hentakkan, ia kemudiannya semakin membesar dan membentuk perigi seperti bujur sirih seolah tapak kaki kanan Hang Tuah, namun versi cerita lain mengatakan Hang Tuah menggalinya selepas dijatuhkan hukuman bunuh oleh Sultan Melaka.

4.TEMPAT BERHAJAT MENDAPAT JODOH

SELAIN Pulau Besar, ia juga sentiasa menjadi antara lokasi keramat oleh sebahagian pihak. Paling kerap yang sering didengari, jika mempunyai hajat terutamanya mendapatkan jodoh dengan berhajat di kawasan berhampirannya. Tetapi jangan diikuti, perkara sebenarnya adalah bertawakal kepada Allah sebagaimana yang disarakan dalam agama dan usaha, takkanlah nak dapat jodoh kena minta di tempat-tempat pelikkan.

5.PENAMPAKAN BUAYA PUTIH

Yang ini agak sukar diungkapkan kerana ada sebahagiannya orang ramai mendakwa ia merupakan roh legenda Melayu itu dan ada sebahagiannya menganggap ia merupakan ‘keramat’ ditinggalkan Hang Tuah. Namun dikatakan juga, bukan sebarangan orang yang mampu melihatnya, hanya yang terpilih dan alim sahaja mampu menyaksikannya. Ada juga berpendapat, jika terlihat buaya albino itu bereerti seseorang itu akan menerima nasib yang baik, namun itu semua tidak dapat dipastikan.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan
Tags: evergreen

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

9 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

11 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

11 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

11 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

11 months ago