“Let’s Biz” cetus minat pelajar jadi usahawan

BUKIT BERUANG 19 Sept. – Program Bulan Kemerdekaan ke-62 dan Karnival Usahawan “Let’s Biz” 2019 di Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka (KKBBM) di sini baru-baru ini berjaya mencapai matlamatnya dalam usaha melahirkan pelajar patriotik dan berkeyakinan tinggi dalam bidang keusahawanan.

Ini terbukti apabila seramai 414 pelajar kolej itu menyertai program anjuran Unit Pembangunan Pelajar dan Unit Pengajian Am KKBBM menyediakan pelbagai aktiviti sempena sambutan bulan kebangsaan disamping membentuk pelajar yang berjaya dalam bidang keusahawanan.

Majlis perasmian penutup Bulan Kemerdekaan peringkat KKBBM dan Karnival Usahawan “Let’s Biz 2019” itu disempurnakan Pengarah KKBBM, Jamalluddin Mohd. Ali.

Turut hadirm Timbalan Pengarah Pengurusan, KKBBM, Tuty Farhida Sajat.

Menurut Jamaluddin, program itu bertujuan menyemai semangat cintakan tanah air dalam kalangan pelajar KKBBM melalui pertandingan dan acara kemerdekaan yang diadakan.

“Program tahunan ini untuk mencungkil bakat terpendam pelajar dalam pertandingan nyanyian lagu patriotik dan deklamasi sajak kemerdekaan serta memupuk budaya keusahawanan melalui perniagaan secara ‘offline’ berasaskan makanan dan minuman,” katanya.

Antara aktiviti dan pertandingan yang diadakan termasuklah Perbarisan Kemerdekaan, Explorasi Merdeka, nyanyian lagu patriotik, deklamasi sajak kemerdekaan, pertandingan pakaian tema merdeka dan jualan pelbagai jenis makanan dan minuman.

Oleh MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Yusri Sahat

Leave a Comment

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

3 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

3 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

3 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

3 months ago