
Lelaki simbah cat di pintu masjid dicekup
Jangan nakal-nakal lagi ye, kene babap nanti susah
TENGKERA 19 April- Polis telah menangkap seorang lelaki dipercayai suspek yang terlibat melakukan perbuatan khianat menyimbah cat berwarna ungu di pintu hadapan Masjid Tengkera di sini, pagi tadi.
Suspek yang berumur 39 tahun, telah ditahan bersama satu tin cat di Jalan Tengkera kira-kira jam 9 pagi berhampiran kawasan masjid berkenaan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, kejadian itu disedari seorang jemaah yang ingin menunaikan solat subuh di masjid berkenaan kira-kira 6 pagi sebelum menghubungi anaknya.
“Anak lelaki berkenaan yang berusia 40 tahun itu kemudian pergi ke masjid tersebut untuk melihat insiden yang mana kedua-dua belah bahagian pintu hadapan masjid disimbah cat sebelum membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata suspek yang mempunyai satu rekod lampau kes jenayah itu ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
