Categories: KebajikanMELAKA

Lebih 5,000 terima bantuan JKM di Melaka pada 2019

BACHANG 15 Jan. – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri mencatatkan seramai 5,077 penerima bantuan AM negeri bagi tahun 2019.

Daripada jumlah itu, seramai 2,138 penerima bagi daerah Melaka Tengah, 1,182 orang daerah Alor Gajah dan 1,757 orang daerah Jasin.

Exco Wanita, Kebajikan Dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Ginie Lim Siew Lin berkata, bagi penerima lampin pakai buang, seramai 1,911 menerima bekalan sejak Jun 2019 hingga Januari 2020.

“Manakala, sebanyak 329 permohonan telah diluluskan dan akan mula diterima pada Januari ini.

“Ini bukti kerajaan negeri peka terhadap kepentingan dan keperluan rakyat khususnya golongan memerlukan di negeri ini,” katanya pada Majlis Sumbangan Tahun Baru Cina (TBC) Tahun 2020 di Pasar Raya KipMall, semalam.

Ginie berkata, sejumlah RM100,000 diperuntukan bagi Taska Sektor Swasta 2020 termasuk 10 Taska Tempat Kerja Awam.

“Kita perlu bersatu dan bekerjasama untuk memberi sinar kehidupan kepada mereka yang kurang bernasib baik supaya tidak ada kumpulan masyarakat yang dipinggirkan.

“Justeru, apa jua yang dialami dan dirasai sebahagian daripada masyarakat tersebut akan turut dirasai kumpulan masyarakat yang lain,” katanya.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Omar Jaafar.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago