Lebih 5,000 jemaah hadir tunaikan Solat Sunat Aidiladha

Lebih 5,000 jemaah hadir tunaikan Solat Sunat Aidiladha

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha semua..

BUKIT PALAH 11 Ogos – Lebih 5,000 jemaah hadir di Masjid Al-Azim di sini, pagi tadi bagi menunaikan Solat Sunat Aidiladha secara berjemaah.

Majlis yang disambut sempena Hari Raya Aidiladha itu dihadiri jemaah seawal jam 7 pagi tadi disambut dengan bacaan takbir raya sebelum solat sunat berjemaah didirikan yang diimamkan oleh imam besar masjid itu, Ustaz Datuk Mohammad Hashim Al-Hafiz.

Majlis yang diraikan itu turut diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob dengan ketibaannya disambut jemaah di perkarangan masjid berkenaan kira-kira jam 8.10 pagi tadi.

Sambutan tersebut turut dihadiri, Ketua Menteri, Adly Zahari; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Wira Omar Jaafar dan barisan Exco kerajaan negeri.

Sejurus sembahyang, acara seterusnya diteruskan dengan majlis penyembelihan di masjid berkenaan.

Pada majlis tersebut, Adly turut tidak terlepas bagi bersama melapah lembu yang dikorbankan pada majlis itu.

Majlis diteruskan dengan sambutan penduduk sekitar dan tamat kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS