Lebih 5 ribu tunai solat sunat Aidiladha

Lebih 5 ribu tunai solat sunat Aidiladha

Salam Aidiladha dan selamat menunaikan ibadah haji…

Yang Dipertua Negeri, Tun Dr Mohd. Khalil Yaakob tunai solat sunat Aidiladha bersama Ketua Menteri, Adly Zahari dan lebih 5,000 jemaah di Masjid Al-Azim, Melaka.

Tun Dr. Mohd Khalil tiba di perkarangan Masjid kira-kira jam 8:10 pagi.

Hadir sama, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Wira Omar Jaafar dan barisan Exco kerajaan negeri.Terdahulu para jemaah melafazkan takbir raya sebagai tanda mengagungkan kebesaran Allah SWT sebelum menunaikan solat sunat Aidiladha yang diimamkan oleh imam besar masjid Al-Azim, Melaka.
Ustaz Datuk Mohammad Hashim Al-Hafiz.

Dalam khutbah disampaikan, khatib menyeru umat Islam agar mengimbau pengorbanan kisah Nabi ibrahim dan putera baginda, ismail yang taat perintah Allah sekaligus mendidik jiwa dari sifat mazmumah.

Tun Dr mohd khalil dan Adly kemudiannya beramah mesra dan bersalaman dengan jemaah yang hadir.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES