Lebih 400 hadir Ceramah Khas Isra’ Mikraj

Lebih 400 hadir Ceramah Khas Isra’ Mikraj

BERTAM JAYA 22 Mac – Lebih 400 jemaah sekitar kariah Taman Bertam Jaya hadir pada program Ceramah Khas Isra’ Mikraj yang diadakan di Surau Nur Iman, taman terbabit, baru-baru ini.

Ceramah bulanan anjuran Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Jawatankuasa Surau Nur Iman itu disampaikan penceramah bebas, Datuk Dr. Izhar Mohd Arif Mohd Kashim dengan tajuk Meniti Panggilan Ilahi.

KETIBAAN Izhar di sambut Alias bersama jawatankuasanya.

Hadir sama, Pengerusi Surau Nur Iman, Alias Mohd Noor, jawatankuasanya dan penduduk taman-taman bersebelahan.

Sementara itu, Alias bersama jawatankuasanya sentiasa mengatur pelbagai aktiviti bagi mengimarahkan lagi Surau Nur Iman.

“Antaranya dengan mengadakan kelas Sirah Nabi S.A.W pada setiap Isnin, kelas belajar al-Quran & Tajwid pada setiap Selasa dan kelas Fekah & Tauhid pada setiap Rabu.

“Kita juga mengadakan Majlis Bacaan Yaasin dan Doa Selamat pada setiap Khamis malam Jumaat, selain kelas Tafsir al-Quran pada setiap Jumaat,” katanya.

Sehubungan itu, penduduk Islam di taman terbabit termasuk taman- taman berhampiran dialu- alukan untuk menghadirkan diri ke Surau Nur Iman untuk mengikuti program yang diaturkan pada setiap minggu.

CATEGORIES