Categories: JENAYAHNASIONAL

Lebih 3,500 kes penipuan dalam talian direkodkan

KUALA LUMPUR, 6 Nov. – Sebanyak 3,533 kes penipuan dalam talian melibatkan kerugian RM186 juta direkodkan bagi tempoh Januari hingga Ogos lalu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berkata jumlah kerugian itu termasuk RM79.4 juta melibatkan 1,612 kes Macau Scam.

“Kementerian Dalam Negeri memandang serius kes jenayah penipuan dalam talian meliputi pelbagai kategori seperti penipuan melalui telefon dan internet, Love Scam, pinjaman tidak wujud serta Macau Scam,” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Fakeh (PH-Sabak Bernam) berhubung kes penipuan dalam talian melibatkan simpanan persendirian orang ramai di bank-bank Malaysia bagi tempoh 2019 dan langkah mengatasi jenayah itu, dalam sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Pelbagai usaha dijalankan polis untuk mengekang jenayah seumpama itu termasuk meningkatkan penguatkuasaan undang-undang, pengoperasian, tangkapan dan pendakwaan ke atas mereka yang terlibat dalam aktiviti penipuan, kata Mohd Azis.

Dalam pada itu, beliau berkata penyertaan rakyat China dan Hong Kong dalam Program Malaysia My Second Home (MM2H) tidak akan menjejaskan kestabilan politik negara.

Katanya, ini kerana program yang diperkenalkan pada 2002 itu meletakkan syarat-syarat ketat yang dikawal selia oleh kementeriannya bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

“Saya yakin proses penyaringan program ini agak ketat bagi memastikan mereka tiada rekod jenayah,” katanya.

“Mereka tidak jadi masalah sebab kita tidak beri taraf warga negara dan kita tidak nampak sebarang kesan kepada politik negara,” katanya sebagai menjawab soalan tambahan Datuk Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) mengenai kemungkinan penyertaan rakyat China dan Hong Kong boleh menggugat kestabilan politik negara.

Mengikut rekod Jabatan Imigresen, Malaysia merekodkan ketibaan 242 warga Hong Kong dari Januari hingga Ogos lalu, 458 pada 2018 dan 345 pada 2017. – BERNAMA

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 days ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

2 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

2 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

2 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

2 months ago