Categories: BeliaNASIONAL

Lebih 24,000 belia dapat manfaat Projek Reben Kuning

PUCHONG 18 Feb. — Seramai 24,234 belia telah mendapat manfaat daripada Projek Reben Kuning pada 2019 iaitu projek perintis bagi membantu belia berisiko membina kehidupan lebih baik selepas menjalani hukuman.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata manfaat yang diperoleh itu adalah hasil kerjasama kementerian dengan pihak swasta yang menyediakan peluang kepada belia terlibat antaranya latihan kemahiran, keusahawanan, kebolehpasaran dan kesedaran.

“Ada banyak jenis bantuan disediakan dalam memastikan anak-anak ini bangkit semula selepas melakukan kesilapan kerana kerajaan bertanggungjawab membantu mereka mengorak langkah ke hadapan.

“Justeru saya meminta lebih banyak syarikat swasta tampil menjalinkan kerjasama untuk membantu golongan belia berisiko ini kembali berbakti kepada masyarakat tanpa dibelenggu kesilapan masa lalu,” katanya selepas melancar projek itu bagi edisi kedua di Spacerubix di sini hari ini.

Projek Reben Kuning dilancarkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertujuan memberi peluang kedua kepada bekas penghuni penjara dan sekolah pemulihan akhlak terutama daripada golongan belia.

Projek itu digerakkan oleh lima kluster iaitu kemahiran, sukan, keusahawanan, kebolehpasaran dan kempen kesedaran.

Bagi tahun kedua projek itu, Syed Saddiq berkata KBS mengetengahkan tujuh inisiatif baharu iaitu pembinaan sahsiah dan jati diri dalam kalangan peserta, latihan intensif kemahiran, latihan intensif keusahawanan, peluang pekerjaan melalui sukan, pencapaian kerja program, advokasi sistem sokongan masyarakat serta 12 pelan strategi promosi projek itu.

— BERNAMA

Roshidi Abu Samah

Leave a Comment
Share
Published by
Roshidi Abu Samah

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

9 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

11 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

11 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

11 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

11 months ago