Lebih 1,000 produk kesihatan terlarang dirampas sepanjang 2019

PERINGGIT 27 Feb. – Sebanyak 1,115 produk kesihatan terlarang melibatkan sejumlah RM327,033 telah dirampas Jabatan Kesihatan Negeri Melaka sepanjang tahun 2019.

Exco Kesihatan dan Antidadah negeri, Low Chee Leong berkata, rampasan itu melibatkan produk tidak berdaftar sebanyak 276 barang.

“Ia terdiri daripada produk tradisional, produk terkawal, antibiotik, makanan tambahan (supplement) dan over the counter (OTC) drug.

“Produk tradisional yang dirampas ini dicampur racun perangsang seks seperti sildenafil atau tadalafil yang boleh menyebabkan kesan terhadap sistem kardiovaskular, strok dan serangan jantung,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Operasi Pemantauan Produk Makanan Kesihatan anjuran Yayasan Pelindung Kebajikan Pengguna Masyarakat Malaysia di Melaka Sentral, hari ini.

Jelasnya, jabatan kesihatan melalui Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BKF) turut merampas kosmetik tidak bernotifikasi dan dicemari racun.

“Ia seperti racun hydroquinone, tretinoin dan merkuri yang boleh menyebabkan kulit pedih, mengelupas dan menjadi sensitif.

“Manakala, bagi kes memiliki produk tidak berdaftar kes akan disiasat di bawah Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah & Kosmetik 1984.

“Ini merupakan kesalahan di bawah Peraturan 30(1), peraturan yang sama,” katanya.

Ujarnya, bagi kosmetik yang tidak bernotifikasi, kes disiasat di bawah Peraturan 18A(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah & Kosmetik 1984.

“Ini merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan 18A (15) peraturan yang sama, kedua-dua kes boleh di hukum di bawah Seksyen 12 (1) Akta Jualan Dadah 1952.

“Mereka boleh dikenakan denda tidak lebih RM25,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

“Dan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan kedua dan berikutnya,” katanya.

Tegasnya, pengguna dinasihat supaya berwaspada dan berhati-hati semasa membeli atau menggunakan produk kesihatan dan kosmetik di pasaran.

Hadir sama, Pengarah Yayasan Pelindung Kebajikan Pengguna Masyarakat Malaysia, Vincent Lee dan kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago