Categories: MELAKA

Lebih 1,000 Jalur Gemilang diagihkan sekitar DUN Klebang sejak awal Ogos

KLEBANG 13 Ogos – Lebih 1,000 Jalur Gemilang telah diagihkan di sekitar Klebang sejak 1 Ogos lalu sebagai menyemarakkan semangat cintakan negara buat penduduk di kawasan terbabit.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Gue Teck berkata, pengagihan Jalur Gemilang pelbagai saiz telah diagihkan termasuk dipasang di setiap kenderaan, jambatan dan di bahu jalan sebagai menyahut sambutan Bulan Kebangsaan

Ujarnya, pihaknya menerusi Japerun kawasan berkenaan telah mengagihkan sebanyak 50 bendera 2×4 kepada setiap Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sekitar DUN berkenaan bagi mendukung usaha terbabit.

“Buat masa ini, DUN Klebang merupakan antara DUN pertama di Melaka yang memasang bendera di sekitar kawasan ini termasuk di kawasan kampung.

“Malah usaha ini juga telah disokong oleh Ahli Parlimen Tangga Batu, Prof. Madya Rusnah Aluai dengan bantuan beliau bagi menambah lagi jumlah bendera bagi diagihkan di kawasan ini.

“Perkara inilah yang kita mahukan bagi menyemak semangat patriotisme di dalam kehidupan masyarakat majmuk malah apa yang dilihat jumlah pemasangan bendera pada tahun ini dilihat lebih tinggi berbanding tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui MelakaKini selepas bersama menyertai program Pengagihan Jalur Gemilang di balai raya Kampung Pinang Pokok Asam, di sini, baru-baru ini.

Dalam pada itu beliau berkata, penglibatan semua pihak dalam menyemarakkan Bulan Kemerdekaan amat penting bagi menyemat nilai kenegaraan di dalam setiap diri masing-masing.

“Semangat ini seharusnya disemai malah nilai perpaduan itu amat penting dalam kehidupan masyarakat majmuk di negara ini yang didiami oleh masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

“Malah, setiap kepimpinan termasuk MPKK perlu memainkan peranan penting sebagai perantara masyarakat malah nilai ini perlu dititikberatkan bagi menjaga hubungan antara rakyat dan pemimpin,” katanya.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Faiz Hasan

Leave a Comment
Share
Published by
Faiz Hasan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

3 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago