Categories: MELAKA

Layanan istimewa ‘RM5’

BANDAR RAYA Melaka – Hanya serendah RM5 hingga RM300 untuk layanan istimewa. Itu harga maruah diri diletakkan ‘mak nyah’ dan pelacur yang berkeliaran mencari pelanggan sekitar kawasan Bandar Hilir.

Lebih menyedihkan, terdapat dakwaan pelajar sekolah juga terlibat dalam aktiviti terbabit semata-mata untuk berbelanja mewah.

Gejala itu kerap disuarakan penduduk sekitar, namun ia seolah-olah kebal dari tindakan undang-undang.

Masalah ini menjadi tamparan hebat terhadap Melaka, antara negeri yang lantang memperkasakan syariat Islamnya menerusi penguatkuasaan undang-undang.

Timbul keraguan, apakah ada penguat kuasa menerima rasuah atau terdapat individu berjawatan dan berkepentingan melindungi perniagaan ini?

Hasil tinjauan MelakaKini di beberapa premis sekitar kawasan Bandar Hilir mendapati, aktiviti itu bermula kira-kira jam 1 pagi.

Ada antaranya duduk di kaki lima berhampiran premis, dalam kereta dan di lorong-lorong gelap antara kawasan bangunan untuk mengaburi mata pihak berkuasa selain mudah melarikan diri, jika perbuatan itu dihidu.

Tinjauan berterusan hingga ke jam 2 pagi di mana ketika ini, dapat disaksikan pelanggan lelaki ‘berhidung belang’ mencari kawasan pemuas nafsu di hotel bajet dan rumah tumpangan.

Selain dijaga ‘abang kawasan’ dipercayai warga asing, kawasan panas itu juga menjadi tumpuan orang ramai dan masyarakat dunia memuaskan nafsu mereka.

Seorang saksi yang dirahsiakan identiti dan hanya mahu dikenali sebagai Izzat, 28, berkata, perkara itu sendiri perlu dibendung kerana ia membabitkan imej Melaka dan menjejaskan keharmonian agama Islam.

“Biasanya mak nyah, tapi pelacur pun ada juga, saya pernah saksikan sendiri perkara ini sebab ketika itu sedang menemani kawan-kawan.

“Boleh lihat mereka di lorong-lorong sekitar kawasan ini, ada kalanya pelanggan mereka menaiki kenderaan mewah dan ada menunggang motosikal.

“Pelajar sekolah pun ada, ini yang saya kesal, mungkin pendedahan di rumah dan sekolah kurang diterima hingga mereka terjebak dalam kancah maksiat sebegini,” katanya.

Seorang lagi individu dikenali sebagai Ben, 33, berkata, pelacur wanita Vietnam antara yang paling laris, susulan harga yang diletakkan murah berbanding warga asing lain.

Beliau yang kini insaf mengaku pernah terjebak dalam aktiviti terbabit sejak tiga tahun lalu semasa sedang menuntut di sebuah universiti tempatan.

“Bayaran dikenakan tidak terlalu mahal, biasanya pelacur wanita Vietnam yang paling murah, boleh pilih, harga mengikut ‘gred’, orang kata, biasanya ‘mat saleh’ paling mahal, boleh cecah ratusan ringgit.

“Ada warga tempatan juga yang terlibat, tapi tak ramai,” katanya.

Ben mendakwa, lokasi terbabit dikawal entiti yang dipercayai kumpulan kongsi gelap.

“Tempat seperti ini memang ada ‘bonzer’ yang jaga, selalunya dalam empat hingga lima orang.

“Dan mereka juga akan berlakon seperti pelanggan bagi mengaburi mana-mana pihak yang cuba mengganggu perniagaan mereka.

“Modus operandi mereka biasanya di rumah-rumah urut dan hotel bajet berdekatan,” jelasnya.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago