Categories: MELAKA

Lawatan ke TLDM Lumut, erat silaturahim Veteran ATM

AYER KEROH 29 April – Seramai 48 bekas anggota Veteran ATM Bemban dan Serikandi mengadakan lawatan ke Pengkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, baru-baru ini.

Ketua Penyelaras Program Yusof Samah berkata, lawatan itu bagi mengimbau kembali kenangan semasa berkhidmat di dalam angkatan TLDM.

Katanya, sewaktu lawatan kesemua anggota veteran berpeluang menaiki kapal TLDM dan bot tempur.

“Lawatan ini turut disertai orang awam, pelbagai aktiviti diadakan antaranya, pertunjukan udara, demonstrasi paskal, gold wing bikers tour dan lain-lain.

“Dengan adanya aktiviti sebegini, kita dapat eratkan silaturahim dalam kalangan ahli-ahli serta masyarakat sekeliling,” katanya pada lawatan tersebut.

Katanya, komitmen persatuan perlu bagi merealisasikan setiap aktiviti atau program yang dijalankan.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin
Tags: ATMTLDM

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago