Categories: NASIONAL

Laporan tular tiga warga tempatan dijangkiti koronavirus palsu

GEORGE TOWN, 31 Jan – Jabatan Kesihatan Pulau Pinang menafikan terdapat kes tiga warganegara Malaysia dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat jangkitan 2019 novel koronavirus  seperti ditular di aplikasi WhatsApp hari ini.

Jabatan itu dalam kenyataan hari ini berkata mesej tular seorang lelaki dan anak perempuanya serta seorang wanita menerima rawatan di HPP selepas terkena jangkitan koronavirus adalah tidak benar.

“Satu lagi sebaran berita palsu, sentiasa rujuk dengan sumber yang sah di saluran yang betul. Berita palsu seperti itu tidak memberikan apa-apa manfaat kepada semua. Jadi (kepada) pengguna media sosial yang bijak dan matang, jika perkara ini berlaku lagi pada masa akan datang, mohon untuk tidak sebarkan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Akta berkenaan memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.- BERNAMA

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

5 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

7 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

7 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

7 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

7 months ago