Lampu isyarat pintar kurangkan kesesakan

Lampu isyarat pintar kurangkan kesesakan

Teknologi pintar...

AYER KEROH 8 Okt. – Pemasangan alat pengesan pada lampu isyarat dari Ayer Keroh ke Bandaraya Melaka sekali gus mengurangkan kesesakan lalu lintas berlaku di kawasan tersebut.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Datuk Tey Kok Kiew berkata, ia membantu memendekkan tempoh perjalanan kira-kira 10 minit.

Menurutnya, kaedah digunakan Jabatan Kerja Raya (JKR) memasang alat pegesan tersebut salah satu aplikasi pintar dilaksanakan kerajaan negeri.

“Kita turut mengaplikasikan alat peranti pengesan (sensor) bagi mengukur kualiti air sungai dilakukan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Aplikasi lain sedang dimanfaatkan termasuk perkhidmatan mencari parkir kosong melalui aplikasi disedaiakan agensi berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Karnival ICT Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Dataran Bandaraya MBMB di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Datuk Bandar MBMB, Mansor Sudin .

Tambahnya, semua pembangunan di negeri ini bakal membabitkan sistem dan aplikasi pintar selaras dengan slogan Melaka Berwibawa, Pintar, Hijau, Bersih.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS