Laluan penerbangan LTAM baharu: Ini pandangan orang ramai

BATU BERENDAM 17 Okt. – Inisatif kerajaan negeri dalam membangunkan perkhidmatan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) dilihat semakin progresif di bawah misinya menjadikan sebuah lapangan yang sibuk pada masa akan datang.

Malah, baru-baru ini munculnya perancangan baharu terhadap pembangunan di kawasan terbabit dengan merancang mengadakan laluan antarabangsa baharu secara terus ke Jakarta, Indonesia dan juga Hainan dan Nanjing, China.

Perancangan yang bakal dilaksanakan itu menerima pelbagai maklum balas positif daripada masyarakat negeri ini malah pelaksanaan berkenaan bakal membawa `hujan emas’ dengan pelbagai peluang bermanfaat di negeri bertuah ini.

Tinjauan MelakaKini ke LTAM hari ini mendapati lapangan terbang berkenaan semakin sibuk dengan penumpang, ada yang baru sahaja mendarat ke negeri ini, ada juga yang sedang menunggu untuk diterbangkan ke destinasi masing-masing.

Suasana LTAM yang dilengkapi dengan pelbagai fasiliti itu beroperasi seperti biasa malah dikawal oleh petugas yang berada di kawasan berkenaan.

Seorang penumpang, Mohammad Hafiz Azid, 32, berkata, perancangan kerajaan terhadap laluan antarabangsa yang akan dilaksanakan itu merupakan sebuah pelaksanaan yang terbaik dalam operasi penerbangan di Melaka.

Katanya, laluan yang bakal dibuka itu bukan sahaja memudahkan rakyat Melaka ke destinasi antarabangsa malah memberi manfaat kepada rakyat negeri lain termasuk Negeri Sembilan, Johor dan Singapura.

“Perkara ini amat bagus dan jika ia dilaksanakan, pelbagai industri di negeri ini akan dikomersialkan khususnya sektor pelancongan.

“Dengan wujudnya laluan penerbangan antarabangsa ini pastinya nanti akan menjadikan LTAM padat dengan kedatangan pengunjung jadi kerajaan negeri juga perlu mencari inisiatif lain seperti membesarkan tapak tempat letak kenderaan serta fasiliti lain di LTAM.

“Malah apa yang paling penting, pembukaan gerai mahupun kafe untuk menjual makanan perlu diperbanyakkan untuk memberi keselesaan pengunjung sementara menunggu penerbangan mereka, kerana buat masa ini hanya sebuah kafe yang disediakan dan ini membuatkan kadangkala ia dilihat sibuk.

“Sebagai warga Baling,Kedah yang menetap di Melaka selama 10 tahun saya berasa bangga kerana kejayaan yang dilaksanakan Melaka dengan komited ini kerana bakal membuahkan sebuah resipi kejayaan besar dalam meraih ekonomi negeri ini,” katanya ketika ditemui MelakaKini.

Sementara itu, seorang pengunjung, Masni Yahya 57, berkata, laluan baharu yang bakal diperkenalkan nanti memberikan pelbagai manfaat terutama kepada rakyat Melaka sendiri.

Jelasnya, apabila ia dilaksanakan penumpang tidak perlu untuk menggunakan perkhidmatan penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang memakan masa perjalanan dari negeri ini.

“Kalau sudah ada LTAM, kita tak perlu ke KLIA dan ini juga akan memakan masa perjalanan dan yang paling penting kos juga diperlukan untuk ke KLIA dengan menaiki kenderaan sendiri dari Melaka.

“Jika dibandingkan saya yang menetap di Masjid Tanah ini ia mengambil masa tidak sampai 40 minit untuk ke LTAM berbanding berjam lamanya untuk ke KLIA.

“Pelaksanaan ini amat terbaik buat kerajaan negeri dan harap suatu hari nanti perlu pelbagaikan destinasi lain dengan menarik lebih banyak syarikat penerbangan ke negeri ini seperti contoh ke Surabaya, Medan serta pelbagai lagi, dengan ini nak melancong pun akan jadi lebih mudah,” katanya.

Bertitik tolak dengan itu, MelakaKini turut menerima pandangan daripada pengunjung mengenai perkhidmatan LTAM yang perlu dibangunkan dengan pelbagai kemudahan lain pada masa akan datang.

Seorang pelancong dari Amerika Syarikat, Tyler Kaplan, 32, berkata, ini merupakan kali pertama dia menggunakan perkhidmatan itu di Melaka dan agak janggal kerana baharu sahaja diperkenalkan dengan sistem perkhidmatan awam yang menjadi medan baharu di negeri ini.

Dia begitu terkejut kerana walaupun pelbagai penerbangan ditawarkan di LTAM namun kawasan tersebut begitu kecil berbanding negeri lain yang pernah dilawatinya.

“Bagaimanapun saya bangga dengan adanya LTAM kerana ia akan memudahkan pelancong bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain di Malaysia.

“Saya memilih LTAM kerana ingin meneruskan perjalanan saya ke Pulau Pinang dan sebelum saya tiba di Melaka saya dua hari lalu, lokasi pertama saya adalah di Johor Bahru.

“Apa yang dilihat menarik di Melaka ini adalah disebabkan kecantikan kawasan persisiran pantainya malah apa yang membuatkan saya tertarik dengan Melaka adalah kesan sejarah yang ditinggalkan oleh Askar Koloni Inggeris suatu ketika dahulu.

“Sistem di sini begitu sistematik cuma perlu diperbaiki dari segi fasiliti dan perlu dibesarkan kerana ini merupakan antara lapangan terbang paling kecil di sepanjang pengembaraan saya.

“Selain itu, pihak LTAM juga perlu menyediakan pelbagai kiosk mahupun gerai di dalam kawasan ini bagi memudahkan pelancongan mendapatkan barangan serbaneka khususnya produk pelancongan yang membawa imej Melaka supaya dijadikan cenderamata,” katanya.

Faiz Hasan

Leave a Comment
Share
Published by
Faiz Hasan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

12 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago