Laluan ke Taman Arked Bukit Rambai dipenuhi sampah sarap

Laluan ke Taman Arked Bukit Rambai dipenuhi sampah sarap

Ubah mentaliti demi kebersihan Negeri Melaka tercinta ini

JALAN menuju Taman Arked Bukit Rambai di sini bagaikan laluan sampah apabila dipenuhi dengan sampah sarap yang dibuang segelintir pendududuk tempat.

Tinjauan MelakaKini mendapati lebih malang lagi, kawasan itu juga berbau busuk dan memualkan sesiapa sahaja yang melalui jalan tersebut.

Biarpun papan tanda larangan membuang sampah telah diletakkan, namun ia seakan tidak mencuit sedikit rasa takut terhadap orang ramai untuk tidak berhenti melakukan kegiatan berkenaan.

Seorang pengguna jalan raya yang mahu dikenali sebagai Aidil, 33 berkata, penduduk berhampiran mengambil jalan mudah dengan membuang sampah sarap di kawasan itu patut berhenti berbuat demikian.

Katanya, sikap sebahagian penduduk yang malas menjinjing sampah ke tong sampah besar di kawasan terbabit menimbulkan pandangan negatif pengguna jalan yang menggangap penduduk di situ pengotor.

“Adakalanya saya tegur juga jika terperasan, tetapi sama sahaja.

“Saya harap mencari tempat yang sesuai untuk dijadikan tempat pembuang sampah atau pihak berkuasa tempatan (PBT) menyediakan tong sampah besar untuk diletakkan di kawasan ini agar ia lebih tersusun,” katanya.

Menurut Fadilah, 41 pula, ketiadaan tong sampah besar berhampiran dikatakan menjadi punca kepada berlakunya pembuangan sampah sarap di lokasi haram tersebut.

Katanya, penduduk yang rata-ratanya sudah berumur tidak mampu berjalan jauh semata-mata untuk membuang sampah.

“Kalau boleh letakkan satu tong sampah besar di sini agar mudah kami membuang sampah ke dalam tong.

“Tong sampah besar yang terletak beberapa ratus meter dari kawasan ini membuatkan ramai penduduk mengambil jalan pintas,” katanya.

Dalam tinjauan turut mendapati di bahagian seberang jalan itu telah dilaksanakan penanaman pokok buluh di dalam pasu menerusi projek perintis ‘screening’ dari Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

CATEGORIES
TAGS