LAKSANA MELAKA ‘SMART RIVER’ MULAI NOVEMBER

LAKSANA MELAKA ‘SMART RIVER’ MULAI NOVEMBER

Menuju bandar pintar.

 

Tiga projek ‘Smart River’ menggunakan teknologi pintar bakal dilaksanakan mulai November depan bagi menukar imej Sungai Melaka.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, ia melibatkan pemantauan kualiti air Sungai Melaka, pemantauan amaran banjir melalui sungai dan kempen melestarikan Sungai Melaka.

Menurutnya, keseluruhan perbelanjaan bernilai RM450 ribu ringgit dan merupakan dana dari Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), UTeM dan syarikat swasta yang terlibat.

Jelas beliau, Jawatankuasa Majlis Penasihat Bandar Pintar (SCAC) akan bertindak sebagai pemantau projek dengan kerjasama daripada beberapa syarikat swasta dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Seri Negeri, Ayer Keroh.

Dalam pada itu, Adly berharap penggunaan teknologi pintar dapat diperkembangkan seterusnya menjurus Melaka ke arah ‘Melaka Apps’.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES