Categories: Ketua MenteriMELAKA

Lagi projek perumahan rakyat dibina

AYER KEROH 28 Ogos – Lembaga Perumahan Melaka (LPM) dan sebuah syarikat pemaju, Home Spectrum Sdn. Bhd. (HSSB) memeterai perjanjian usahasama bagi membangunkan projek perumahan di negeri ini, hari ini.

HSSB dilantik bagi melaksanakan projek perumahan melibatkan Rumah Kos Sederhana Rendah, Rumah Teres Mampu Milik dan Perumahan Bercampur.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, pembinaan projek perumahan itu melibatkan tanah seluas 20.068 hektar di Mukim Melaka Pindah, Alor Gajah.

“Pihak pemaju akan membina 33 unit (10 peratus) Rumah Kos Sederhana Rendah (RKSR) dengan harga jualan tidak melebihi RM100,000.

“Selain 60 unit (20 peratus) Rumah Teres Mampu Milik (RMM) dengan harga jualan tidak melebihi RM180,000 dan 335 unit (70 peratus) Rumah Bercampur seperti 56 unit Rumah teres, 34 unit lot kedai/pejabat, 50 Unit Rumah Berkembar, 178 unit Rumah Kluster dan 17 unit Rumah Banglo,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis menandatangani perjanjian di Bilik Bijasura Seri Negeri, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Hasim Hasan; Exco Wanita, Kebajikan dan Pembangunan Luar Bandar; Ginie Lim Siew Lin; Pengarah Eksekutif LPM, Saleh Mohd Dom dan Pengarah HSSB, Yeow Hoh Thai.

Jelas Adly, kerja-kerja pembinaan perumahan itu dimulakan dalam tempoh 90 hari dari tarikh kelulusan Lesen Pemaju Perumahan dan Permit Iklan diperoleh.

“Pihak pemaju perlu menyiapkan projek ini dalam tempoh 24 bulan dari tarikh permulaan kerja-kerja pembangunan.

“LPM telah menerima bayaran komitmen sejumlah RM100,000 pada 16 Januari lalu dan bayaran pulangan sejumlah RM519,000 semasa perjanjian hari ini,” katanya.


SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago