Categories: MELAKAPELANCONGAN

Lagenda hidangan mi jenama Melaka

TELUR MATA bersama timun dan sambal istimewa antara pelengkap mi tersebut.

NEGERI Melaka sinonim sebagai sebuah negeri pelancongan yang menyediakan pelbagai tempat kunjungan menarik kepada pelancong sama ada dari dalam mahupun luar negara.

Sebut sahaja Melaka, pastinya hampir kebanyakan pelancong yang menyukai destinasi tumpuan di rantau Asia pernah melawat negeri itu yang menawarkan pelbagai lokasi bersejarah, sesuai dengan peranannya sebagai salah satu Bandar Warisan Dunia sejak tahun 2008.

Sesuai dengan jolokan bandar bersejarah, terdapat pelbagai kisah dan sejarah yang menarik pelancongan ke negeri ini.

Selain itu, antara tarikan pelancong ke negeri ini ialah kepelbagaian juadah dari pelbagai kaum di negeri ini. Tetatpi ada satu jaudah yang mungkin tidak disangka mampu menarik pelancong untuk menikmati hidangan itu hingga sanggup beratur untuk menunggu tempat.

Melaka yang popular dengan masakan asam pedas, mempunyai satu lagi tarikan makanan yang tidak kurang hebatnya kerana mempunyai penggemar tersendiri sejak lebih 20 tahun lalu iaitu mi goreng yang dikenali sebagai ‘mi bodoh’ atau ‘mi lambung’.

Namanya agak pelik dan lucu, namun, itulah menu popular yang boleh ditemui jika anda bersarapan pagi di sebuah warung tepi jalan menuju ke Pantai Klebang dekat Kampung Lapan di sini.

Satu senario biasa yang berlaku pada waktu tersebut adalah banyak kereta akan dilihat diletakkan di bahu jalan manakala beberapa pelanggan mi bodoh akan beratur panjang sehingga ke jalan raya menunggu hidangan disiapkan.

GERAI Mi Goreng Hassan antara tempat popular di negeri ini, boleh dikatakan gerai yang ringkas ini dikenali lebih 90% rakyat negeri ini untuk menikmati sarapan pagi.

Gerai Mee Goreng Hassan antara tempat popular di negeri ini, boleh dikatakan gerai yang ringkas ini dikenali lebih 90% rakyat negeri ini untuk menikmati sarapan pagi.

Menariknya, kemuncak suasana itu yang bagaikan satu pesta makanan ialah apabila melihat para pelanggan sibuk menikmati sarapan masing-masing apabila hidangan dihantar ke meja oleh salah seorang pekerja warung mengikut giliran pelanggan.

Sebelum itu, para pelanggan perlu beratur untuk mengambil telur goreng, sambal dan timun sebelum mi goreng tersebut dihidangkan selepas itu.

Rasa sambalnya lain, tidak terlalu pedas dan hidangan mi yang ringkas sesuai dinikmati sesiapa sahaja terutamanya kanak-kanak.

Menurut kebanyakkan pelanggan di situ, walaupun mee itu digoreng ringkas tanpa perencah seperti ayam, daging tetapi ia menggambarkan identiti Melayu.

Mi bodoh atau mi lambung sedap dimakan bersama telur goreng dan sambal istimewa yang disertakan bersama cuka.

Sekali tengok tidak rasa apa-apa tetapi apabila sudah masuk kedalam mulut baharu kita rasa istinewa itu yang akan membuatkan pelanggan ingin tambah untuk kali kedua.

Namun, ia sudah terbukti memikat selera sehingga ada yang sanggup beratur seawal 7.30 pagi untuk membeli mi bodoh di gerainya.

Menurut sumber, Pemilik gerai Hassan Hamid pernah menyatakan bahawa nama itu diberi kerana mi goreng tersebut kosong tanpa lauk kecuali telur, namun ramai menyukainya.

Mi Bodoh yang terkenal di negeri Hang Tuah ini merupakan resipi arwah bapa Hassan dan beliau hanya menyambung tradisi meneruskan perniagaan ini sejak 1985.

Justeru itu, jika pelancong ke Melaka, maka antara destinasi yang harus dikunjungi ialan gerai Mi Goreng Hassan di Tengkera yang dibuka bermula jam 8 pagi dan dibuka setiap Isnin hingga Sabtu.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

4 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

4 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

4 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

4 months ago