KYM STES & SAMB tubuh MWI

KYM STES & SAMB tubuh MWI

SARONI semasa berucap di Majlis Menandatangani MoU SAMB dan KYM STES bagi penubuhan MWI yang pertama di Malaysia di ICYM, hari ini.

BUKIT SEBUKOR 8 Okt. – KYM STES telah menandatangani Memorandum Perjanjian Persefahaman (MoU) bersama Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bagi penubuhan Institut Air Malaysia (MWI) yang pertama di Malaysia.

Majlis menandatangani serta pertukaran MoU itu telah disempurnakan Ketua Eksekutif, Datuk Saroni Judi dan Ketua Pegawai Eksekutif SAMB, Datuk Mohd Khalid Nasir di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (ICYM) di sini, hari ini.

MWI menyediakan program-program di bawah persijilan kemahiran Malaysia dalam bidang sektor air bagi memenuhi keperluan sumber tenaga mahir selaras dengan kehendak industri.

Antara program akademik yang akan diadakan ialah School In Water Management, School In Water Treatment – Diploma In Water Treatment dan School In Water Distribution Operation – Diploma In Water.

Bagi program kemahiran, sebanyak tiga program diwujudkan iaitu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) meliputi Kursus Operai Agihan Air (Tahap 2) dan Kursus Perkhidmatan Operasi Rawatan Air (Tahap 2).

SKM – Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (SKM-PPT) meliputi SKM-PPT Operasi Pengangihan Air, SKM-PPT Operasi Air Tidak Berhasil, SKM-PPT Operasi Rawatan Kumbahan dan SKM-PPT Kursus Perkhidmatan Operasi Rawatan Air.

Manakala bagi kurus jangka pendek ianya meliputi program Knowledge And Awareness.

Sementara itu, Mohd Khalid berkata, MWI akan berperanan sebagai pusat laithan bertauliah dan bertanggungjawab menyediakan keperluan pentauliahan yang diiktiraf Kementerian Sumber Manusia.

Menrutunya, MWI juga akan menjadi pusat latihan kepada syarikat penyedia perkhidmatan air dan kontraktor bagi kursus peningkatan kemahiran.

“Sebagai peneraju dan pemain industri, MWI mengikuti perkembangan semasa dan akan menyediakan kursus mengikuti perkembangan semasa,” katanya ketika ditemui di majlis tersebut.

Sementara itu, Saroni berkata, di peringkat antarabangsa, MWI akan menjadi pusat latihan bertauliah bagi syarikat-syarikat dari luar negara khususnya di Asia.

“Kita akan menjalinkan kerjasama dengan International Water Consultant & Advisor,” katanya.

Jelasnya, MWI penting kerana pengurusan air dilihat sebagai isu global dan dinamik dan ia perlu diurus sebaik mungkin.

CATEGORIES