Categories: NASIONAL

Kuota Haji Tambahan : TH masih tunggu keputusan kerajaan Arab Saudi

PUTRAJAYA, 14 Mei – Lembaga Tabung Haji (TH) masih menunggu keputusan daripada kerajaan Arab Saudi berhubung permohonan kuota tambahan sebanyak 10,000 jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Zukri Samat.

Beliau berkata TH telah menulis surat permohonan rasmi berkenaan hal itu kepada kerajaan Arab Saudi malah  Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa juga telah pergi ke Arab Saudi untuk membincangkan perkara berkenaan.

“Kita doakan supaya kita dapat 10,000 kuota tambahan itu kerana saya difahamkan sehingga kini TH telah menerima sehingga 113,000 rayuan… tetapi kita tetap akan berusaha lagi dengan pihak Arab Saudi,” katanya pada sesi taklimat isu Tabung Haji di Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini hari ini.

Kuota rasmi yang diberikan Arab Saudi kepada Malaysia bagi tahun ini ialah sebanyak 30,200 orang.

Pada masa yang sama, Zukri berkata sejumlah 91,000 akaun baru telah dibuka pada suku pertama tahun ini dan sebanyak RM4.3 bilion simpanan baru dicatatkan.

“Ada penulis blog menyalah tafsirkan  angka-angka ini apabila melakukan kiraan purata setiap penyimpan baru memasukkan sebanyak RM47,000 ke akaun mereka. Ini adalah salah kerana jumlah itu adalah termasuk daripada simpanan baru penyimpan akaun TH yang baru dan lama,” katanya.

Bagaimanapun, katanya untuk tempoh yang sama sebanyak RM4.6 bilion simpanan telah dikeluarkan dan beliau percaya ia adalah pengeluaran panik para penyimpan rentetan masalah yang dihadapi TH sebagaimana yang diumum kerajaan sejak akhir tahun lalu.

“Tetapi kita yakin, prestasi TH akan lebih baik bermula suku kedua tahun ini,” katanya.

TH mencatatkan keuntungan bersih RM440 juta dalam suku pertama 2019. – BERNAMA

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria
Tags: Tabung Haji

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 day ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

2 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

2 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

2 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

2 months ago