KUIM didik pelajar jimat tenaga

KUIM didik pelajar jimat tenaga

Seminar beri penekanan tentang pelaksanaan langkah penjimatan tenaga....

KUALA SUNGAI BARU 10 Julai – Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) meneruskan usaha mendidik pelajarnya menggunakan kaedah penjimatan tenaga.

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi KUIM, Prof Dr. Asnul Dahar Minghat berkata, usaha itu transformasi ke arah ekosistem tenaga masa depan yang seimbang.

“Ia termasuklah mewujudkan persekitaran yang baik selain membekalkan tenaga yang terjamin dan selamat untuk pembangunan ekonomi yang optimum.

“Malah di peringkat global juga saya yakin lebih banyak penggunaan tenaga itu mampu dilaksanakan menerusi beberapa langkah penjimatan yang terkawal,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perasmian Seminar Kesedaran Penggunaan Tenaga Secara Lestari di sini, baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Unit Penyelidikan dan Inovasi, Hamidah Norman.

Katanya, seminar itu memberi penekanan tentang pelaksanaan langkah penjimatan tenaga.

“Ia termasuklah kesediaan untuk beralih kepada tenaga yang selamat, mapan dan berpatutan semasa digunakan di pejabat,” katanya.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS