KUASA VIRAL BANTU LIMA BERANAK

KUASA VIRAL BANTU LIMA BERANAK

Rakyat Malaysia masih prihatin. Terima Kasih..

 

Kehidupan ‘sekadar cukup’ bukanlah satu kepayahan bagi keluarga ini meneruskan kehidupan harian seperti biasa.

Namun segalanya berubah sekelip mata apabila 5 beranak ini diuji selepas suami yang menjadi tulang belakang keluarga terlantar di hospital.

Norhaida Kharuddin, 34 tahun berkata, suaminya Mohd adam ezan, 38 di sahkan menghidap penyakit jantung walaupun tidak mempunyai rekod masalah kesihatan lampau.

Sepanjang ketiadaan suami, haida terputus bekalan dapur dan gas.Kebiasaannya dia bergantung kepada pendapatan bulanan suami yang tidak menentu sekitar RM500 hingga RM1000.

Selepas bayaran sewa rm360 ditolak, lebihan baki itu lah yang digunakan untuk perbelanjaan harian mereka sekeluarga.

3 orang anaknya bersekolah, seorang masih kecil manakala anak keempat dijaga oleh ibunya.

Di saat kebuntuan dan hilang sumber pendapatan, Haida cuba meminta pertolongan dari saudara maranya, namun keadaan saudaranya juga tidak mengizinkan untuk membantu haida.

Fikirannya buntu di mana lagi mahu mendapatkan bantuan.

Mengenangkan nasib anak-anaknya, Haida tiada pilihan lain. Selepas berfikir panjang, dia memberanikan diri menghubungi Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai ‘Uncle Kentang’ bagi mendapatkan sedikit bantuan.

Ternyata kuasa viral berjaya membantu 5 beranak ini, apabilah kisah mereka tular sehingga mendapat perhatian masyarakat.

 

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES