Kronologi projek ECRL

Kronologi projek ECRL

Boleh rujuk pada link ini kalau korang nak faham tentang kronologi projek ECRL. :-)

KUALA LUMPUR, 15 April – Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang mencetuskan perbalahan mengenai kos pembinaannya sebelum ini akan disambung semula pada kos lebih rendah susulan pemeteraian perjanjian tambahan (SA) antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC).

ECRL akan meliputi jajaran baharu dengan jarak landasan dikurangkan sebanyak 40 kilometer selain pengurangan kos daripada RM98 juta kepada RM68 juta bagi setiap kilometer.

Berikut adalah kronologi pelaksanaan ECRL.

  • 21 Okt 2016 – Projek ECRL diluluskan Kabinet ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN).
  • 1 Nov 2016 – CCCC dianugerah kontrak bagi melaksanakan projek landasan sejauh 688 kilometer menghubungkan Pelabuhan Klang di Selangor ke Pengkalan Kubor di Kelantan.
  • 3 Mei 2017 – Tambahan peruntukan sebanyak RM1.28 bilion bagi lanjutan jajaran dari Wakaf Bharu ke Pengkalan Kubor.
  • 13 Mei 2017 – Malaysia menandatangani perjanjian tambahan dengan CCCC untuk fasa kedua perjanjian bagi fasa kedua projek ECRL bernilai RM9 bilion.
  • 9 Ogos 2017 – Kerja  pembinaan projek ECRL dimulakan.
  • 23 Ogos 2017 – Kabinet meluluskan projek menaik taraf ECRL kepada projek landasan berkembar yang akan menelan perbelanjaan tambahan RM10.5 bilion.
  • 3 Julai 2018 – Malaysia Rail Link Sdn Bhd arah CCCC hentikan kerja pembinaan yang ketika itu telah siap 15 peratus.
  • 20 Mac 2019 – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata projek ECRL akan diteruskan pada skala yang sesuai apabila rundingan semula projek itu dengan China dimuktamadkan.
  • 22 Mac 2019 – Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Tun Daim Zainuddin berkata Malaysia dijangka memuktamadkan perjanjian ECRL pada awal April dengan penjimatan kos melebihi RM10 bilion.
  • 2 April 2019 – China jemput Malaysia ke Beijing untuk kemaskini status rundingan projek ECRL.
  • 6 April 2019 – Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook mengesahkan bahawa jajaran projek ECRL akan diubah dengan memberi manfaat kepada Negeri Sembilan sekiranya ia diteruskan selepas rundingan diadakan dengan kerajaan China, hujung bulan ini.
  • 12 April 2019 – Kerajaan umum akan sambung semula projek ECRL dengan jajaran baharu meliputi Jelebu, Negeri Sembilan manakala pembinaan stesen Gombak digugurkan menjadikan jajaran baharu iaitu dari Kota Bharu-Mentakab-Jelebu-Kuala Kelawang-Bangi/Kajang-Putrajaya dan seterusnya Pelabuhan Klang.

– BERNAMA

CATEGORIES
TAGS